Friday, April 15, 2011

Menara Condong Teluk Intan


Sekiranya di Italy penduduknya berbangga dengan Leaning Tower of Pisa, Perak pula mempunyai Leaning Tower of Teluk Intan atau Menara Condong Teluk Intan.
Menara ini terletak di tengah-tengah bandar Teluk Intan di sebuah dataran yang dikelilingi oleh Jalan Pasar, Jalan Selat, Jalan Bandar dan Jalan Ah Cheong.
Menara setinggi 25.5 meter itu kelihatan seperti 8 tingkat. Sebenarnya ia terbahagi kepada 3 tingkat. Bangunan yang berstruktur pagoda mempunyai 110 anak tangga untuk sampai ke atas.
Menara ini didirikan pada 1885 oleh Leong Choon Chong, seorang kontraktor berbangsa China. Menara itu digunakan untuk menyimpan tanki ayer ketika musim panas untuk penduduk di persekitaran. Ia juga berfungsi sebagai penjaga waktu di mana sebuah jam besar yang dibuat oleh J.W. Benson of Ludgatehill London diletakkan di atas menara itu.
Menara itu mengalamai kecondongan kerana tanah di sebelah bawahnya tidak mempu menampung berat tanki air di sebelah atas. Menara Condong ini boleh dikunjungi setiap hari bermula pada jam 8:00 pagi hingga jam 5:00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat dan jam 9:00 pagi hingga jam 6:00 petang pada hujung minggu dan hari cuti umum.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...