Tuesday, February 14, 2017

Mendaki Bukit Tabur di Gombak

Bagi peminat aktiviti lasak di hujung minggu, apa 
kata mencuba mendakiBukit Tabur yang  terletak 
antara Taman Melawati & UIA Gombak. 
Ia popular di kalangan peminatnya kerana 
lokasi yang begitu hampir di Ibunegara.
Ia juga popular kerana Mendaki Bukit Tabur 
hanya mengambil masa kira-kira dua jam.
Antara pemandangan yang boleh dilihat ialah  Empangan 
Kelang Gate serta  bandaraya  metropolitan Kuala Lumpur. 
Pengunjung juga berpeluang melalui cerun-cerun yang tersedia dan  menemui laluan berpermaidani hijau di penghujung pendakian.
Selamat berkunjung.
Foto Ihsan Nurul Sofia Ahmad Fuad.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...