Friday, October 9, 2009

Bersantai di Pangkor



PULAU PANGKOR adalah antara destinasi menarik bagi wargakota bercuti dan bersantai bagi meredakan ketegangan beban kerja serta tekanan perasaan di samping merehatkan minda.

Dari Ipoh Anda perlu ke Lumut untuk menaiki feri untuk sampai ke Jeti Pangkor. Feri itu mengambil masa perjalanan 20 ke 30 minit setiap 30 minit sekali. Dari Jeti Pangkor pula ia memerlukan Anda menaikki teksi van untuk sampai ke Teluk Nipah.

Di samping pelbagai jenis hotel tersedia di Pulau itu, lokasi paling menarik semestinya, Pangkor Laut Resort yang menyedaikan penginapan chalet bertaraf antarabangsa. Ia dilengkapi dengan segala kemudahan untuk berrekreasi, sukan air, gimnasium dan sebuah disko untuk bersuka-ria melepaskan penat dan lelah.

Resort ini pastinya menjanjikan satu percutian yang tidak mungkin anda lupakan dengan udara nyaman di tepi pantai, pasir yang memutih, laut yang membiru dan pelbagai aktiviti yang tersedia yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Di samping keindahan pantainya, anda juga boleh menyewa kereta atau motosikal untuk bersiar di pulau ini untuk melawat kilang satay ikan, Taman Fu Lin Kung dan replika Tembok Besar Cina, pekan, Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung, Pasir Bogak dan Teluk Ketapang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...