Monday, November 30, 2009

Ikan Semilang @ Restoran Kg. Danga di JB




Apabila pulang bercuti ke Johor Bahru, Restoran Kampung Danga adalah antara restoran yang berhampiran untuk dikunjungi. Restoran yang terletak di Taman Perling ini menawarkan pelbagai lauk makanan tempatan yang menyelerakan.




Apa yang istimewanya ialah masakan asam pedas khususnya Kepala Ikan Semilang. Masakan Asam Pedas lain ialah ikan Selar, Kembong dan Pari.



Ia juga turut menawarkan lauk pauk lain yang pelbagai seperti rendang, gulai lemak dan ikan bakar.



Bagi mereka yang menggemari Nasi Ayam, restoran ini yang kelihatan sederhana dekorasinya turut menawarkan masakan istimewa, Nasi Ayam Penyek.


Selamat mencuba.

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada umat Islam & bagi mereka yang menggunakan lebuhraya untuk pulang ke kampung, berhati-hati ketika di jalanraya.

Wednesday, November 25, 2009

Sate Kajang Hj.Samuri



Bagi peminat sate kajang, pastinya premis jualan Sate Kajang Haji Samuri di Bangunan Datuk Nazir di Kajang menjadi kegemaran.


Sate Kajang Haji Samuri telah berjaya mendapat tempat di hati pelanggan setelah hampir 17 tahun beroperasi sekali gus mengukuhkan jenamanya di seluruh negara.
Harga sate juga berpatutan iaitu 60 sen secucuk bagi sate ayam, daging dan perut.



Ia turut menawarkan sate daging rusa, arnab dan ikan.
Sataynya memang sedap dan kualitinya juga bertambah baik. Satay kurang lemak dan lebih daging (lean meat).

Rangkaian restoran sate Haji Samuri yang kini menghampiri 20 cawangan boleh dikunjungi di beberapa tempatdi Lembah Kelang - antaranya Restoran Jejambat Sungai Buloh, Damansara Uptown, R & R Kesas Highway selain lokasi utama di Kajang.

Monday, November 23, 2009

Satay vs Pizza


Nama restoran ini agak pelik iaitu Pizza vs Satay. Pada mulanya saya agak teragak-agak kerana menyangkakan restoran ini hanya menawarkan pizza dan juga satay.

Tanggapan ini meleset samasekali kerana restoran ini menawarkan pelbagai jenis makanan barat dan juga tempatan.


Persekitan yang menarik dengan hiasan dekor yang kreatif menjadikan restoran ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.


Makanannya juga pelbagai dan cubalah pilihan makanan westernnya.


Restoran ini boleh dikunjungi di alamat

16, Jalan USJ 9/5Q, Subang Jaya,

Petaling Jaya, Selangor.

Thursday, November 19, 2009

Papa Rich @ Lembah Klang

Sekiranya anda inginkan minuman teh atau kopi petang , apa kata mencubanya di Restoran Papa Rich.

Restoran ala kopitiam berada di 23 lokasi di Lembah Kelang.
Restoran ini turut menawarkan pelbagai jenis makanan lain seperti Curry Laksa, Asam Laksa, Mee Soup, Koay Teow dan Mee Udang.


Anda juga boleh mencuba pelbagai jenis hidangan roti bakar.



Restoran ala kopitiam ini kini berada di 23 lokasi di Lembah Kelang.
Ia menawarkan pelbagai jenis makanan lain seperti
Curry Laksa, Asam Laksa, Mee Soup, Koay Teow dan Mee Udang.

Di Subang Jaya, ia boleh dikunjungi di
No 38, Jalan SS15/8, Subang,
47500 Selangor

Thursday, November 12, 2009

Nasi Serai di JB


Sekiranya anda berada di Johor Bahru dan mahu menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan apa kata mencuba di Restoran LC Catering.
Ia terletak di No. 340 Jalan Balau 1 Jalan Tebrau Taman Melodies, J.Bahru.

Restoran ini menawarkan pelbagai jenis maskan seperti Masakan Thailand, Indonesia, Masakan Barat dan juga tempatan.


Sekiranya di sana apa kata mencuba hidangan Nasi Serai.


Restoran yang lengkap berhawa dingin memberi ketenangan kepada pelanggan yang inginkan suasana damai.


Tuesday, November 10, 2009

Cameron Highlands & Panoramanya



Keindahan panorama dan suasana sejuk yang sungguh nyaman menjadikan Cameron Highlands antara tempat dataran tinggi yang terus menerus menerima kunjungan pelawat.

Penginapan bajet sehingga bertaraf lima bintang sentiasa lengkap tersedia bagi para pengunjung. Antara tempat menarik yang menjadi kegemaran pelawat ialah ladang teh yang kelihatan saujana mata memandang.



Antara ladang teh terbesar ialah Ladang Teh Boh yang terletak di Sungai Palas.


Setiap pengunjung pastinya akan kembali pulang dengan kenangan dari Cameron Highlands seperti, bunga, sayur, buah-buahan serta ole-ole istimewa lain dari Cameron Highlands.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...