Monday, February 25, 2013

Moroccon Pavilion di Taman Botani Putrajaya

Moroccon Pavilion terletak di Taman Botani Putrajaya.
Struktur bangunannya menggambarkan suasana sebenar 
seperti di istana Morocco yang boleh ditemui di Marrakesh.
Pengunjung akan terasa teruja kerana seolah-olah 
merasakan diri mereka berada di Morocco.
Ia sangat bersesuaian untuk mengambil foto dan bersantai 
sambil menikmati keindahan struktur bangunan.
Selamat berkunjung

Thursday, February 21, 2013

Nasi Kandar Beratur - Siang @ Penang


Sekiranya anda ke Pulau Pinang, pastikan 
anda mencuba Nasi Kandar Beratur.
Anda boleh mencuba di waktu siang mahupun waktu malam 
dengan rasa yang berbeza kerana berbeda resipi & pengusaha. Restoran ini  terletak di Lebuh Buckingham 
bersebelahan dengan Masjid Kapitan Keling.
Foto Nasi kandar beratur sebelah malam bakal menyusul.
Selamat mencuba.

Monday, February 18, 2013

Upstairs Cafe di Subang Jaya


Upstairs Cafe terletak di atas 
Kafe Bawang Merah di Subang Jaya.
Berbeza dengan Cafe Bawang Merah ia 
menyediakan  pelbagai jenis makanan barat. 
Ia menyediakan  makanan lseperti pasta, 
sandwich, pastry & minuman kopi & Teh.
Ia menjadi tumpuan pelanggan tetap yang 
berkunjung ke situ, lazimnya dari golongan remaja.
Restoran ini boleh dikunjungi di alamat 
12A Jalan SS12/1B (berhaapan Dorsett Subang) 
47500 Subang Jaya.

Tuesday, February 12, 2013

Burger Bakar Power SS15 @ Subang Jaya

Kalau nak mencuba Burger Bakar - 
singggahlah ke Subang Jaya SS15
Anda perlu mengambil nombor bagi memastikan
anda menerima Burger yang dipesan.
Ia semakin popular di kalangan 
pelajar2 dan penduduk setempat.
Di kawasan itu juga terdapat 3 penjual Burger.
Terserah bagi Anda membuat pilihan.
Selamat mencuba.

Friday, February 8, 2013

El Fresco @ Empire Gallery -2013

Mahu mencuba makanan ala-Italy - apa kata 
mencubanya di  El Fresco Italian Kitchen. 
Ia terletak di Lot  6, LG-G1, 
Empire Shopping Gallery,di dalam Jaya Grocer.
Makanan ala-Italy di sini 
disediakan oleh Chef Melayu tempatan. 
Apa yang menarik ialah anda boleh membeli ikan, sotong 
mahupun udang di Jaya Grocer dan meminta Chef di 
Restoran ini memasaknya mengikuti menu pilihan Anda.
Selamat berkunjung.

Wednesday, February 6, 2013

Rumah Iklim Sederhana 4 Musim @Taman Botani Negara, Shah Alam

Rumah Iklim Sederhana Empat Musim ( RISEM ) 
terletak di Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor. 
Dahulunya ia dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cerakah & ditukar menjadi Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. 
Selain tarikan RISEM,  terdapat juga Taman Haiwan, Taman Cactus, Taman Herba, Kampung Idaman, Taman Koko dan Taman Padi.
Musim- musim yang terdapat di sini ialah :
November - February >> musim sejuk ( Winter )
March - May >> musim bunga ( Spring )
Jun - August >> musim panas ( Summer )
Sept - November >> musim luruh ( Autumn )
          
 Waktu operasi Taman Botani adalah :
 8.30 am hingga 5.00 pm ( Selasa - Ahad )
Tutup hari Isnin kecuali cuti sekolah dan cuti umum.

Selamat berkunjung.

Monday, February 4, 2013

Restoran Chomey di The Curve - 2013



Bagi peminat makanan Kelantan, apa kata singgah 
di Chomey di The Curve, Mutiara Damansara.
Ia menyediakan pelbagai jenis makanan 
khususnya dari negeri Siti Wan Kembang.
Restoran ini terletak di Lot 158, Ist Floor, 
The Street @ The Curve Mutiara Damansara.
Pelbagai menu makanan Kelantan tersedia untuk dipesan.
Selamat  mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...