Ruang bujur (oval) di Pusat beli-belah One Utama kini berubah wajah. Hiasan istimewa di persekitaran gerai-gerai yang tersedia memberi gambaran seolah-olah para pengunjung berada di kawasan desa dengan hamparan sawah padi yang terbentang indah
.
Hiasan sebegini sudah cukup untuk menggambarkan kemeriahan sambutan Hari Raya yang akan menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi.
Sepanjang ruang bujur itu, didirikan gerai-gerai mudah alih yang dihias indah. Setiap gerai menawarkan pelbagai barang sempena perayaan yang bakal disambut bebeapa hari lagi. Daripada kuih-muih tradisional sehingga barangan khas lain diperagakan secara rapi untuk menarik perhatian para pengunjung.
Lazimnya setiap perayaan utama di negara ini, pusat beli-belah di seluruh negara akan mengadakan bazar istimewa diikuti persembahan kebudayaan untuk mempromosi lokasi beli-belah masing-masing.
Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan muzik tradisional di smping boleh menikmati dekorasi indah di kawasan persekitaran.
No comments:
Post a Comment