Monday, May 30, 2016

Mee Rebus BAIDALI @ Sri Hartamas



Mee Rebus Haji Wahid yang popular di Johor Bahru kini boleh dinikmati di Sri Hartamas di samping Putrajaya. Seorang lagi anak Hj.Wahid, Nasir membuka Mee Rebus BAIDALI di Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas, KL.
Apa yang menyebabkannya istimewa ialah adunan mee kuning, tauge, telur pindang, taburan bawang goreng yang disirami dengan kuah pekatan kentang.

Nasir berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1996 dan membuka gerai Mee Rebusnya di medan selera di Wisma Denmark, Jalan Ampang. Dia kemudian berpindah ke UNCLE DON di Sri Hartamas dan berpindah ke tempat baru apabila UNCLE DON ditutup. Kini gerai mee rebusnya berpusat di Restoran Aji Don, di Plaza Damas, Sri Hartamas dan cawangannya pula di Kafe Mak Tim yang terletak di AU2C, Taman Keramat.Nasir turut menyediakan menu tambahan iaitu Mee Rebus Tulang yang boleh didapati di gerainya di Plaza Damas pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Gerai Mee Rebus Baidali beroperasi dari jam12 Tengahari ke 9 malam setiap hari kecuali hari Ahad di Restoran Aji Don di Plaza Damas, Sri Hartamas dan setiap hari di Kafe Mak Tim, AU2C, Taman Keramat.

ALAMAT:
Aji Don Alley, E-1-16 Block E Plaza Damas,
Jalan Sri Hartamas, Taman Sri Hartamas
50480, Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan KL.
Email: baidali@yahoo.com
GPS Coordinates:
N 3 9.85307 E 101 39.4083
Lihat juga link berikut mengenai

Tuesday, May 17, 2016

Mee Bandung Muar - Ketam & Tulang @ PJ


Blog ini pernah membawakan tulisan mengenai 
Gerai Mee Bandung Muar di Medan Selera, PJ State.
Gerai yang dimaksudkan ialah.
Gerai Mee Bandung Muar
Medan Selera, PJ State
Jalan Lampan 8/3,
Petaling Jaya, Selangor.
Apa yang terkini di gerai ini ialah ia menyediakan Mee Bandung Muar - Ketam.
Di samping Mee Bandung Ketam, satu lagi  menu baru  ialah Mee Bandung Muar -Tulang. Mee Bandung Muar - Udang  sudah lama di dalam menu.
Untuk berkunjung ke mari, Gerai ini terletak  berhadapan dengan Balai Polis PJ State. Gerai ini dibuka setiap hari mulai jam9 pagi sehingga 9 Malam.
Bagi mereka yang tidak berminat dengan Mee Bandung, 
mereka boleh mencuba Set Asam Pedas Kembong, Pari & Tenggiri.
Lihat juga blog sebelum ini : Mee Bandung Muar @ PJ.
Selamat Mencuba.

Wednesday, May 4, 2016

Ayam Kampung/Udang Galah @ Velodrome Cheras

Satu lagi lokasi untuk makanan berselera di ibunegara.
Apa kata bertandang ke Velodrome Cheras 
khususnya untuk jamuan makan tengahari.
Apa yang istimewa pastinya goreng ayam 
kampung, ikan bakar serta udang galah.
Berkunjunglah ke 
Medan Makan Velodrome, Cheras (Downtown)
Dataran Velodrome, Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur
Koordinat:
E 101 degree 43' 46.3"
Apa yang istimewanya di sini ialah beberapa gerai 
makanan masakan Melayu untuk anda pilih.
Selamat mencuba


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...