Monday, January 28, 2013

Restoran Boomtown @ USJ, Subang


Sekiranya anda menggemari suasana luar untuk menikmati 
makanan -  apa kata singgah di Boomtown USJ, Subang.
Beberapa gerai menyediakan pelbagai makanan dan 
antara yang boleh dicuba ialah Roti Canai & Kway Teow.
Anda juga boleh mencuba Tahu 
Bakar serta Chicken Wing Bakar.
Sekiranya anda tidak menggemari suasana di luar, Anda 
boleh memesan makanan di dalam restoran.


Selamat berkunjung.

Friday, January 25, 2013

Alicafe Tiga Rasa @ USJ, Subang

Satu lagi restoran pilihan untuk dikunjungi 
sekiranya anda berada di USJ Subang Jaya.
Pelbagai menu masakan Melayu boleh dicuba di restoran ini.
Ia boleh dikunjungi di alamat:
No. 8, Jalan USJ10/1H, Subang 
Business Centre,47620, Subang Jaya.
Gambar Ihsan AliCafe Tiga Rasa
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut :

Wednesday, January 23, 2013

Membeli Belah Sebagai Persediaan Raja Sehari @ Nilai3


Bagi bakal pengantin yang berhasrat melaksanakan Walimatul-Urus - tempat 
yang sesuai untuk berbelanja ialah di Nilai 3.
Pelbagai kelengkapan pengantin tersedia sebagai 
persedian menempuh hari penuh bersejarah.
Setiap hujung minggu dan juga hari biasa kawasan ini dipenuhi mereka yang mahu membuat persediaan mengadakan hari persandingan.
Selamat berkunjung.

Thursday, January 17, 2013

Restoran China Muslim Munawarah @ USJ - 2013



Untuk mencuba masakan China secara Halal, kunjungi 
Restoran Cina Muslim Al-Munawarah di Subang Jaya.
Restoran ini memang popular 
di kalangan penduduk setempat 
Sekiranya anda mahu mengubah selera di sinilah tempatnya.
Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.
Pemilik ini juga memulakan perniagaanya di 
Shah Alam dan menjadi begitu popular di sana.
Anda boleh memilih menu yang digemari kerana 
terapat berpuluhan menu untuk dipilih.

 Selamat berkunjung.

Monday, January 14, 2013

Soley2 @ Sri Hartamas


Restoran Soley-Soley di Desa Sri Hartamas menawarkan 
pelbagai makanan untuk peminat dan pengunjungnya.
Pastikan anda mencuba Nasi Lemak Sotong 
yang lazimnya menjadi menu makan tengahari.
Ia turut menyediakan hidangan tengahari 
untuk pelanggan persekitaran .
Ia turut menyediakan hidangan 
petang seperti kuih muih lain.
Selamat berkunjung.

Wednesday, January 9, 2013

Briyani Gam Johor @ Nilai 3


Sekiranya anda membelibelah di Nilai 3 dan berhasrat menjamu selera lepas membelibelah, anda boleh mencuba Beryani Gam Johor.
   
Pada hujung minggu khususnya, kedai ini menjadi tumpuan 
kerana restoran ini menawarkan menu menarik untuk pelanggan.
Anda boleh membuat pilihan Nasi 
Brayani Ayam, Daging mahupun Kambing.
Selamat berkunjung .

Monday, January 7, 2013

Nilai 3- Berterusan Menerima Pengunjung

Nilai 3 terus menerima pengunjung khususnya
 setiap hujung minggu untuk berbelanja.
Apa yang penting ketika di sini ialah pandai memilih barang dan mengenalpasti kedai yang menjual barangan yang benar2 murah.
Bagi mereka yang mahu membeli barangan khusus seperti
hantaran perkahwinan di sinilah tempat yang popular.
Atau untuk memiliah perabut jati untuk berpindah 
ke rumah baru atau menggantikan perabut lama.
Segala-galanya di sini. Tepuk dada tanya selera.
Selamat berkunjung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...