Wednesday, July 22, 2009

JM Bariani @ Subang



JM Beriani House menghidangkan beriani gam enak yang resipinya dihasilkan dari Johor. Dengan aroma rempah ratus yang digunakan untuk menghasilkannya sudah cukup untuk memikat selera para pengunjung ke restoran itu.

Oleh kerana popularnya restoran ini, kini 7 cawangan dibuka di sekitar lembah klang. Cawanagan itu boleh ditemui di Subang Jaya, Putrajaya, Shah Alam, Kota Damansara, Ampang, Mydin USJ dan Seksyen 9 Bangi.

JM Beriani House diilhamkan oleh Encik Mustapa Abdul Karim dan Puan Jamilah Abu Bakar yang memulakan perusahaan restorannya pada tahun 1983 di Shah Alam.

Antara menu yang ditawarkan ialah Nasi Bariani Kambing, Nasi Bariani Daging, Nasi Beriani Ayam, Nasi Bariani Ayam Merah, Nasi Bariani Gam Kambing, Nasi Bariani Gam Ayam, Nasi Bariani Ayam Goreng, Nasi Bariani Kosong, Ayam Masak Merah, Ayam Bariani, Kambing Bariani, Daging Bariani, Ayam Goreng Rempah dan Mee Bandung.

JM Beriani Restauran boleh dihubungi di nombor telefon berikut
SUBANG JAYA - 03-5634 4660
TESCO, SHAH ALAM - 03-5510 2637
TESCO, AMPANG - 03-9284 6040
ALAMANDA, PUTRAJAYA - 03-8890 4001
Anda juga melayari laman web restoran ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...