Friday, March 29, 2013

Restaurant Al Demashqi, AlSadd @ Doha, Qatar


Sekiranya anda berada di Doha, ibu negara Qatar apa
 kata mencuba menu  di Restaurant Al Demashqi, AlSadd.
Pelbagai juadah istimewa tersedia untuk pengunjungnya.
Pastinya antara yang boleh dicuba ialah Beriani Ala Syirian.
Sama ada Beriani Ayam, Daging atau Ikan.
Foto & Maklumat Ihsan Sdr. Azman 
Razali yang bertugas di Al Jazerra di Doha.
Anda boleh mengikuti blognya @ 

Friday, March 22, 2013

Pusat Perabut Jati di Nilai 3


Bagi mereka yang meminati perabut kayu jati dari 
Indonesia, Nilai 3 menawarkan pelbagai  jenis perabot.
Terdapat beberapa kedai yang menawarkan harga 
istimewa perabot yang datangnya dari Jepara Indonesia.
Harganya juga agak murah  kerana saingan 
yang wujud di antara kedai-kedai itu.
Tetapi pastikan anda berhati-hati ketika membeli 
kerana kayu jati mempunyai pelbagai jenis grade.
Selamat berkunjung.

Monday, March 18, 2013

Kopitiam Kita @ Kota Bharu

Jika anda ke Kota Bharu dan ingin mencuba pelbagai makanan enak Kelantan, apa kata 
mencubanya di Kopitiam Kita.
Kopitiam Kita terletak di 4357-A, Taman Desa Jaya, 
Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu.
Restoran ini mengumpulkan semua masakan Kelantan 
popular daripada warung-warung sekitar Kota Bharu. 
Selamat berkunjung.

Saturday, March 16, 2013

Pasembur Gurney Drive @ Penang



Jika anda di Pulau Pinang khususnya di Persiaran Gurney, apa kata singgah sebentar di Kompleks Makanan Persiaran Gurney.
Pastikan anda mencuba Pasembor - Rojak Pulau Pinang yang terkenal di kalangan penduduk setempat serta pelanggan yang singgah. Pelbagai jenis bahan Pasembur boleh dipilih mengikut selera Anda.
Harganya juga berpatutan untuk anda sekeluarga 
di samping persekitaran yang agak bersih..
Selamat mencuba.

Monday, March 4, 2013

Sarapan @ Anjung Merah - 2013


Rasa hendak bersarapan?
Apa kata mencubanya di Anjung Merah di USJ 3A.
Pelbagai menu khusus untuk bersarapan tersedia.

Buat pilihan Anda sendiri.
Selamat mencuba

Friday, March 1, 2013

Pasar Malam Ferringhi @ Penang - 2013


Pasar malam di Batu Ferringhi, Pulau Pinang memang
 menarik. Ia menjadi  destinasi menarik yang perlu dikunjungi.
Ia dianggap sebagai destinasi wajib kepada pelancong 
tempatan dan asing yang berkunjung ke Pulau Mutiara.
Terdapat lebih 300 gerai di sepanjang 
jalan sejauh kira-kira 400 meter. 
Pelbagai cenderamata, pakaian, kain batik dan 
lukisan dengan harga murah boleh diperolehi.
 Ramai pelancong asing  bertali arus 'memburu 'cenderamata 
untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.
Mereka juga boleh menjamu selera di restoran-
restoran yang menghidangkan pelbagai menu makanan. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...