Tuesday, October 6, 2009

Cafe Tepi Sungai Melaka



Pada satu ketika dulu, kawasan ini dijadikan gudang atau tempat simpanan barang bagi memudahkan kapal-kapal kecil mengangkut barang mereka di jeti khas yang terdapat di kawasan ini.

Sekarang, kawasan gudang ini telah diubahsuai untuk dijadikan gerai untuk menjual pelbagai cenderahati bagi pengunjung yang melawat Melaka-Negeri Bersejarah. Ia juga menjadi stesen persinggahan bagipelancung untuk menaikki bot Melaka River Cruise untuk meninjau keindahan bandaraya Melaka dengan menyusuri Sungai Melaka.

Quayside Cafe & Seafood Restaurant terletak di hujung kawasan ini dan menawarkan pelbagai hidangan yang bercirikan menu tempatan dan juga antarabangsa.
Ketika mengunjungi tempat ini pada sebelah petang, menu petangnya adalah makanan gorengan seperti pelbagai hidangan mee dan nasi. Pada sebelah malam, restoran yang dihias dengan lampu bergemarlapan ini menjadi tumpuan pelanggan yang mahu merasakan masakan makanan lautnya yang segar. Café & Restoran ini juga turut menyediakan masakan asam pedas yang begitu popular di Melaka serta tomyam.
Quayside Cafe & Seafood Restaurant terletak di Jalan Quayside, 75000Melaka. Ia mudah ditemui kerana ia terletak di tepi jalanraya utama menghala ke Bandar Hilir & Dataran Merdeka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...