Saturday, November 20, 2010

Ayam Goreng Fatmawati


Antara menu menarik ketika anda mengunjungi pelbagai Pusat Belibelah atau dipanggilMal di pelbagai kota di Indonesia pastinya franchise Ayam Goreng Fatmawati.
Sekiranya anda ke Jakarta, ia lazimnya boleh diperolehi di kebanyakan Mal yang ada dilantai yang menawarkan di Food Court yang tersedia.
Restoran Ayam Goreng Fatmawati merupakan restoran ” semi fast food ” yang menyajikan pelbagai masakan tradisional Indonesia. Menu utamanya ialah Ayam Goreng Kuning dan Ayam Bakar yang diolah secara khas dari pelbagai rempah- rempah asli Indonesia.
Antara sajian istimewa yang turut tersedia di restoran Ayam Goreng Fatmawat ini ialah soto, ayam kampung, ikan bakar, sup tulang rusuk dan sup ekor.
.
Restoran Ayam Goreng Fatmawati merupakan restoran dengan konsep ” semi fast food and semi self service ”, pengguna diberi kebebasan memilih menu dan jenis makanan yang akan dipesan, makanan diproses secara cepat dan disajikan langsung dari dapur.
http://www.fatmawati.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...