Saturday, December 11, 2010

Pekan Raub di Pahang


Raub adalah salah sebuah dari 6 buah daerah di Pahang. Ia terdiri daripada 7 buah mukim iaitu Batu Talam, Sega, Semantan Ulu, Dong, Ulu Dong, Gali dan Tras. Ia juga mempunyai 37 buah kampung tradisional dan 9 buah kampong baru China.
Jarak Raub dengan Kuala Lumpur hanya 130 kilometer dan mengambil masa 1½ jam untuk sampai ke pekan kecil ini melalui lebuhraya Kuala Lumpur Karak.
Pekan Raub mengabungkan bangunan lama dan baru dan ini memberi identitinya tersendiri sebagai sebuah pekan yang tenang dan santai untuk didiami.
.
Raub menjadi terkenal pada awal abad ke-20 kerana hasil emasnya. Syarikat lombong emas yang mengusahakan perlombongan di daerah ini ialah Raub Australian Gold Mine (RAGM) yang didaftarkan pada 1889 di Queensland, Australia. RAGM juga dikenali sebagai Raub Gold Mine beroperasi sehingga 1961.
Bagi mereka yang mahu berkunjung ke Bukit Frtaser, mereka boleh singgah ke Raub sebelum bergerak ke Bukit Fraser.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...