Friday, August 28, 2009

Gerai Kek di Lebuhraya

Sekiranya anda melalui Lebuhraya NILAI-KLIA menuju ke Shah Alam, anda boleh singgah ke R&R Dengkil untuk beristirehat sambil bersantai seketika untuk melepaskan keletihan kerana lama memandu.

Beberapa gerai tersedia untuk Anda menjamu selera di R & R ini.

Antara gerai yang menarik perhatian ialah FA CAKE HOUSE yang menyediakan pelbagai jenis kek dan makanan ringan lain.

Hiasan dalaman dan susunaturnya menjadikan FA Cake House menarik minat pengunjung untuk singgah dan mencuba beberapa hidangan istimewa yang disediakan.



Oleh kerana kedudukannya itu juga, tidak hairanlah ia menjadi tempat persinggahan para pelancung luar negara yang melalui laluan lebuhraya itu. Ini kerana kedai ini mungkin dirasakan bersesuaian dengan selera mereka kerana menyediakan pelbagai jenis makanan ringan.

1 comment:

  1. Salam Kak Faridah, kami ada buat pelbagai pie seperti apple pie, chicken curry pie, chunky beef pie, black pepper meat pie dan soup bun. Untuk tempahan boleh tel 03-55670177 atau email aussievillagepies@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...