Friday, April 29, 2011

Jom ke Munich, Germany


Munich adalah sebuah kota yang tersusun, kaya dengan bangunan bentuk Gothic lama dengan adunan bangunan moden.

Bangunan-bangunan lama dipelihara dengan teliti. Adalah ditaksirkan kira-kira 40%v daripada bangunan lama di kota itu musnah akibat peperangan.

Antara bangunan moden di kotaraya ini ialah bangunan BMW serta Uptown Munchen.

Kota yang terkenal dengan pasukan bolasepak Bayern Munich ini juga adalah syurga bagi pelancong membelibelah.

Kota ketiga selepas Berlin & Hamburg ini didirikan pada tahun 1150. Kini ia mempunyai jumlah 1.35 juta penduduk.
Antara tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong pastinya Stadium Olimpik Munich yang menganjurkan sukan bertaraf dunia itu pada tahun 1972.

Wednesday, April 27, 2011

Restoran INTERNATIONAL @ Sri Hartamas



Sebuah lagi restoran Timor Tengah berada di ibukota untuk diteroka.
Restoran ini yang baru dibuka sejak awal April berteraskan makanan Iran & Barat.
Ia boleh dikunjungi di alamat berikut:
26 JALAN 24/70A, Desa Sri Hartamas, 50480, Kuala Lumpur.
TEL: +6 03 620 11 614
Untuk mudah ke sana, restoran berkenaan berhampiran dengan Balai Bomba Desa Sri Hartamas.
Selamat mencuba

Monday, April 25, 2011

Nasi Goreng Napoleon Meletup @ MURNI



Restoran MURNI memang terkenal dengan pelbagai resipi baru dan pelik.

Mee Karachi, Nasi Goreng Bekham, Roti Hawaii, Mee Raja, Claypot Mee Tikus adalah antara resipi unik yang tersedia.

Antara makanan yang bernama pelik ialah Nasi Goreng Napoleon Meletup.

Nasi Goreng Napoleon Meletup memang meletup kerana sepinggan nasi itu
dipenuhi pelbagai adunan makanan seperti yang terpapar di dalam foto-foto ini.

Kini para peminat restoran ini boleh mengunjungi cawangan baru di
Sunway Mas Commercial Centre,
1, Jalan PJU 1/3D,
47301, Petaling Jaya, Selangor.

Kumpulan Restoran Murni juga boleh turut dikunjungi di alamat berikut:

* MURNI 'S. CAFE

24,Jalan Metro Perdana 8,
Taman Usahaman Kepong Utara,52100, Kuala Lumpur

* 39 & 41, Jalan USJ9/5P,
Subang Business Centre,
47620 Subang Jaya, Selangor DE.

Friday, April 22, 2011

Universal Studios - Singapore



Universal Studio menawarkan pelbagai tarikan pelancong khususnya untuk anda sekeluarga. Ia boleh dikunjungi sama ada di Los Angeles, Orlando Florida - USA atau Brisbane, Austrlia dan di Osaka, Jepun.

Bagi rakyat di Malaysia yang berkesempatan - khususnya ketika cuti sekolah, mereka boleh berkunjung ke Universal Studios di negara jiran, Singapore.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuk pengembaraan di Jurraisc Park, pengalaman di Madagascar mahupun bersama Kung Fu Panda.

Kepelbagaian aktiviti yang disediakan adalah untuk semua golongan umur seperti kanak-kanak, remaja mahupun golongan dewasa.

Gambar-gambar ini adalah ehsan Sdr. Abd. Jalil Rahman
yang berkunjung ke Singapore Universal bersama keluarganya


Untuk maklumat terkini sila layari pautan berikut:

Wednesday, April 20, 2011

Macaroon di Whisk Espresso Bar & Bake Shop


WHISK-Espresso Bar & Bake Shop menyediakan pelbagai jenis kek istimewa untuk para pelanggan yang mengunjungi mereka di Empire Gallery Subang Jaya.
Bagi peminat Macaroon - sejenis makanan yang mula diminati mereka boleh menemuinya di sini.
Dengan harga RM 15, anda boleh membawa pulang 10 biji Macaroons berperisa chocolate, Mango, Rose dan Green Tea.
Antara menu lain yang tersdia ialah pelbagai jenis kek seperti Mochaccino Con La Nutella (Rm11.50), Red Velvet Cake (Rm11.90), CarrotPecan Cake (Rm11.90) & Chocolate Cupcake (Rm4.90).

Whisk Espresso Bar & Bake Shop
LG03A, Empire Shopping Gallery,
Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya,
Contact No. 03-5022 2060

Monday, April 18, 2011

Laksa Thai @ The Yogi Tree

Sekirnya anda seorang peminat laksa dan telah mencuba palbagai perisa , apa kata kali ini anda mencuba Laksa Thai, di The Yogi Tree di Garden, Midvalley.
Rasanya adalah sepertimana Laksa Kelantan. Apa yang membezakanya ialah beberapa bahan yang diletakkan untuk memberikan kelainan rasanya.
Di samping itu Yogitree juga menawarkan pelbagai jenis menu makanan tempatan dan barat. Pastinya pelbagai jenis kek yang tersedia mampu menawan selera.
The Yogi Tree terletak di Lot. F237B, 1st Floor, (Isetan Side)
Gardens Mid Valley, 59200 Kuala Lumpur,
Tel: 0322826163 Fax: 0322826213
Anda juga boleh mengikuti link berikut :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...