Monday, August 19, 2013

Star Cruise Muslim Package

Bagi mereka yang mahu mencuba percutian berbeza, apa kata mencuba Pakej Percutian Muslim Star Cruise.
Rombongan pelayaran kapal mewah Star Cruises Superstar Libra membawa rombongan dari Pulau Pinang ke Phuket dan Krabi, Thailand.
 Apa yang istimewanya, salah sebuah daripada restoran di dalam kapal ini telah mendapat sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). 
Ia menjadi satu-satunya kapal yang menyediakan restoran halal dan menawarkan pakej percutian untuk penumpang beragama Islam.
Selamat berkunjung.

Thursday, August 15, 2013

Chocolate Museum @ Kota Damansara

Bagi peminat coklat, berkunjunglah ke Chocolate Museum di Kota Damansra.
Museum ini menyediakan pelbagai maklumat mengenai sejarah Coklat bagi pelanggannya.
Pelbagai jenis coklat dari pelbagai negara tersedia untuk pengunjung.
Bagi mereka yang berminat. Mereka boleh mengunjungi muzium ini @ 
Jalan Teknologi 3/4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Selamat berkunjung.

Saturday, August 10, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sealamat Hari Raya Aidilfitri - Maaf Zahir Batin Kepada Semua Yang Mengikuti Blog Ini.

Tuesday, August 6, 2013

Promosi Aidilfitri 2013 @ One Utama

Concourse di Pusat beli-belah One Utama menyediakan gerai-gerai khas sempena Aidilfitri.
 Setiap gerai menawarkan barang sempena perayaan yang bakal disambut.
Kuih-muih tradisional sehingga barangan khas lain diperagakan secara rapi.
Para pengunjung juga turut dihiburkan dengan pelbagai 
persembahan termasuk pertunjukan fesyen khas Hariraya.

Friday, August 2, 2013

Promosi Kraf Aidilfitri @ Kompleks Kraf KL

Kompleks Kraf Kuala Lumpur, di Jalan Conlay melanjutkan 
tarikh Promosi Kraf Aidilfitri sehingga Ahad ini, 4 Ogos 2013.
Ia dibuka setiap hari daripada  jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
 Promosi  hari raya ini bermula 24 Julai lalu dan sambutan amat  menggalakkan.
 Ia  memberi lebih peluang kepada orang ramai membuat persiapan Hari Raya pada saat-saat akhir.
 180 usahawan kraf dan produk serta perkhidmatan menawarkan 
pelbagai keperluan hari raya berbanding 169 usahawan tahun lalu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...