Monday, July 27, 2009

Sarawak Cultural Village


Melawat ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Pantai Damai Santubong adalah satu kemestian buat pelancong. Kampung budaya ini yang juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan
dan kesenian Sarawak.

Ia terletak di Pantai Damai, Santubong, 32km dari bandar Kuching. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan.



Pengunjung juga boleh melihat replika bangunan yang mewakili setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh berpeluang menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan.


Tips

Persembahan budaya dijadual diadakan dua kali sehari iaitu pada jam 11:30 pagi dan 4:30 petang.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.scv.com.my.

1 comment:

  1. Tempat ni mmg seronok, boleh mempelajari macam2 budaya, corak kehidupan di Sarawak. Tapi bayaran masuk agak mahal & tidak disediakan kenderaan di dalamnya spt "buggy car" utk pelawat2 yg keletihan @ warga tua @ yg kurang upaya. Penjual tiket & pekerja disitu perlulah lebih peramah,membantu & senyum selalu spt slogan Kerajaan Malaysia, jgn asyik senyum dgn pelancong asing.. Pelancong tempatan pun masuk bayar spt pelancong asing.. Itu cuma teguran mbina.. T.Kasih..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...