Saturday, April 27, 2019

Jesselton Point



Jesselton Point terletak berhampiran Wisma Sabah, dan Hyatt Regency Kota Kinabalu. Ia merupakan bangunan yang baru diubahsuai untuk dijadikan terminal feri bagi mereka yang mahu menggunakan perkhidmatan ke pulau-pulau berhampiran seperti Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Sulug Mamutik dan Manukan.
Perjalanan untuk ke pulau mengambil masa kira-kira 20 minit dan sebaik sampai di pulau pengunjung perlu membayar ‘island tax’ sebanyak RM3 untuk dewasa dan RM0.50 untuk yang berumur 18 tahun ke bawah.

Ia juga tempat terminal bagi mereka yang mahu berkunjung ke Manukan Island Resort dan Gayana Resort.

Apa yang menariknya ialah bangunan lama yang diubahsuai ini lengkap dengan pelbagai kemudahan bagi para pengunjung seperti restoran pelbagai jenis makanan dan pelbagai jenis kedai cendermata.

Tuesday, April 9, 2019

Pusat Konservasi gajah @ Kuala Gandah

Pusat ini terletak 15km dari pekan Lanchang, daerah Temerloh, Pahang.
Sebelum mengunjungi pusat ini, pengunjung digalakkan menghubungi pusat ini ..
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) adalah satu pusat yang unik di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya diterokai oleh pembangunan. 
Gajah liar ini  ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pusat ini berjaya memindahkan lebih daripada 700 ekor gajah liar.
Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah terlatih dan digunakan bagi operasi pemindahan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pelawat digalakkan menyertai aktiviti di PKGK yang a bermula dari jam 10.30 pagi.

Thursday, April 4, 2019

Pasar Harian Viktualienmarkt @ Munich, Germany



Viktualienmarkt  merupakan satu lokasi menarik untuk dikunjungi sekiranaya Anda berada di Munich, Germany. Pasar harian ini turut menjadi  tarikan pelancong kerana ia menawarkan pelbagai jenis bahan makanan.

Pasar yang terletak di kawasan 22,000 meter persegi tidak hanya menjual buah, sayur dan keperluan seharian malah turut menawarkan bunga, daging, ikan, keju dan barangan keperluan dapur.







Ia terletak di Pusat kota Munich 
berhampiran dengan Marienplatz.


Pada mulanya pasar ini terletak di Marienplatz, Munich  tetapi kerana ia berkembang sebegitu pesat, King Maximilian1 menitahkan supaya lokasi pasar harian itu dipindahkan  ke kawasan berhampiran pada tahun 1807.



Ia dibuka sepanjang tahun setiap hari Isnin hingga Sabtu.



Di sini, selain berbelanja, para pengunjung juga 
berpeluang berinteraksi dengan penduduk setempat.



Selamat berkunjung

Monday, April 1, 2019

Stadthuys Mengamit Pelancong


Banyak peninggalan sejarah dari zaman penjajahan kuasa besar ini masih gagah berdiri sebagai membuktikan kekayaan sejarah silam Melaka.
Bangunan Stadthuys yang dibina pada 1650 merupakan peninggalan orang Belanda yang menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-pegawainya hingga awal kurun ke-18 dan pusat pentadbiran Belanda.
Bangunan ini dijadikan pusat pentadbiran Negeri hingga ke tahun 1961.
Kini Bangunan Stadthuys menjadi tumpuan utama para pelancong dari dalam dan luar negara. Di samping menikmati keindahan bangunan penuh bersejarah ini, mereka juga boleh membelibelah cenderamata di kedai-kedai yang tersedia di sekeliling Bangunan Stadthuys.
Beberapa buah muzium juga diwujudkan di sekitar Bangunan Stadthuy seperti Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Yang Di-Pertua Negeri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...