Friday, August 5, 2011

Kelantan Delights @ Subang Jaya


Sebuah lagi restoran baru - Kelantan Delights- menemui para pelanggannya di Subang Jaya.
Dengan dekorasi berciri tradisional Kelantan serta hiasan seperti songket, aksesori tembaga serta pintu gerbang ukiran kayu dari Kelantan menyerlahkan keunikan restoran Kelantan Delights. Ia mencetuskan keselesaan buat pelanggannya.
Kelantan Delights memulakan operasi hampir 14 tahun lalu di KLCC dan kemudian
berpindah ke Sooka Sentral. Kini satu lagi cawangananya di Subang Jaya.
Restoran ini menghidangkan makanan seperti Nasi Dagang, laksam kuah belut,
tomyam kelapa muda Begitu juga nasi budu yang dilengkapi dengan
ikan bakar, gulai darat, ulam-ulaman dan budu.
Antara makanan pencuci mulut ialah lompat tikam, sira pisang ,
pulut durian, pulut mangga dan ketupat sotong.
Cawangan Kelantan Delights di Subang Jaya boleh dikunjungi di
Ground Floor East Wing
Wisma Consplant No. 2 Jalan SS16/4
47500 Subang Jaya .
(Bersebelahan Subang Parade)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...