
Setiap tahun gerai di belakang Jalan Tunku Abdul Rahman
menjadi medan bagi membeli barangan khusus untuk hari raya.


Pelbagai jenis pakaian dan barangan dan kuih muih
sebagai persediaan hari raya boleh ditemui di sini.


Tawaran harga yang lebih murah berbanding di kompleks membeli
-belah menjadikan gerai-gerai di belakang Jalan Tunku
Abdul Rahman menjadi pilihan utama para pelanggan.

Pakaian hari raya bagi kaum wanita, pelbagai jenis kelengkapan
tudung, kuih muih, barangan hiasan serta pakaian
kanak-kanak dan dewasa lelaki sentiasa tersedia di sini.
No comments:
Post a Comment