Tuesday, June 23, 2009

PD Rockers Kopitiam



Sepanjang perjalanan di pantai peranginan Port Dickson, terpapar promosi banner Bangi Kopitiam. Bagi mereka yang mahu bersantai di pusat peranginan yang paling hampir dengan Lembah Klang ini bolehlah singgah di Bangi Kopitiam sambil menjamu selera.




Antara menu yang menjadi perhatian ialah Nasi Ayam Hainan, Mee Kari, Laksa dan pelbagai jenis Nasi Lemak. Kopitiam ini dibuka seawal 10 pagi hingga 10 malam. Pelbagai minuman seperti Tiramisu Coklat, Ais Krim Coklat, Jus Amra dan Manggo Tanggo Special Twist turut menjadi pemanis mulut yang menyegarkan.


Bangi Kopitiam ini adalah milik perkongsian Kid dari kumpulan Rock-Search dan rakan-rakannya yang mula mengusahakan Bangi Kopitiam yang terletak di Bangi, Selangor sejak bulan Oktober 2006. Bangi Kopitiam juga terdapat cawangannya di Bandar Baru Bangi dan di Wangsa Maju yang terletak di No 22 Jalan Metro Wangsa, Seksyen 2.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...