Monday, December 31, 2012

Sarapan Lontong @ Ubi Kayu di USJ, Subang


Sekiranya anda mahu mengubah selera untuk menikmati lontong sewaktu sarapan, anda boleh mencubanya di Ubi Kayu, USJ.
Ia boleh dikunjungi @
Restoran Ubi Kayu
No.2, Jalan USJ 9/5N
Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan
Restoran ini juga menyediakan 
pelbagai menu khusus untuk sarapan.
Di samping itu ia turut menyediakan pelbagai hidangan 
makan tengahari yang popular dengan 
pelanggan setianya serta penduduk setempat.


Ikuti juga link berikut mengenai restoran ini @

Wednesday, December 26, 2012

Andaman Restaurant @ Seksyen 23, Shah Alam


Sebuah lagi restoran masakan Melayu 
boleh ditemui di Seksyen 23 Shah Alam.
Ia boleh dikunjungi di alamat:
Jalan Pelabur B 23/A, (Seksyen 23), 
Shah Alam, Selangor, 40380
Pelbagai jenis menu masakan Melayu tersedia untuk 
para penghujung khususnya waktu makan tengahari.
Turut tersedia ikan, ayam dan 
daging bakar bagi para peminatnya.
Selamat berkunjung

Friday, December 21, 2012

Nasi Ayam di The Chicken Rice Shop

The Chicken Rice Shop adalah antara restoran yang 
mudah ditemui di kebanyakan kompleks beli belah.
Ia menjadi  kegemaran kebanyakan 
keluarga ketika membelibelah. 
Ia popular kerana hidangan nasi ayamnya yang ringkas dan mudah.
Utuk maklumat lanjut  mengenai  ikuti link berikut :

Friday, December 14, 2012

Tat Nasi Ayam @ Shah Alam - 2013

 Tat Nasi Ayam kini boleh dikunjungi di premis 
baru bersebelahan premis lama di Shah Alam.
Ia boleh dikunjungi di alamat:
Jalan Pelabur B 23/B, (Seksyen 23), Shah Alam, Selangor, 40380.
TAT Nasi Ayam menyediakan Nasi Ayam Istimewa yang begitu popular sehinggakan premisnya 
bertambah besar berbanding sebelumnya.
Menu tambahan lain juga turut tersedia.

Ikuti link berikut mengenai liputan restoran ini pada peringkat awalnya @ 

Friday, December 7, 2012

Singgah di Dave Deli @ Subang Parade


Dave Deli adalah antara restoran yang menawarkan menu 
yang berbeza sekiranya anda berkunjung ke Subang Parade.
Menu yang popular di sini ialah roast 
chicken yang menjadi minat pengunjung.
Anda juga boleh mencuba beberapa menu lain yang tersedia.
Untuk maklumat lanjut ikuti link berikut 
Selamat berkunjung.

Monday, December 3, 2012

Sop Haji Abu @ Jalan Doraisamy, Kuala Lumpur.


Sekiranya Anda ingin mencuba sup di tengah kotaraya Kuala Lumpur, apa kata mencubanya di Jalan Doraisamy - berhampiran Hotel Sheraton.
Sup Haji Abu menawarkan pelbagai jenis sup.
Terserah kepada anda untuk menikmati sup pilihan anda. 
Gerai-gerai di kawasan ini memang popular khususnya bagi mereka yang mahu bersantai minum teh tarik bersama nasi lemak.
Gerai-gerai ini dibuka pada sebelah petang sehingga lewat tengah malam.

Friday, November 30, 2012

Restoran Untuk Di Kunjungi di KLIA


Sekiranya anda berkunjung ke KLIA, anda boleh 
singgah di beberapa  restoran yang tersedia di sini.
Di samping restoran franchise ini ada juga 
restoran-restoran lain yang boleh dikunjungi.
Di samping itu Anda boleh membeli 
cenderahati bagi yang meminatinya.
Kedai-kedai berjenama lain turut tersedia untuk dikunjungi.
Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...