Tuesday, January 19, 2010

Selera Idaman @ Damansara



Menurut ensiklopedia wikipedia.org perkataan tom yum (bahasa Thai: ต้มยำ, IPA: [tôm jām], juga terkadang disebut tom yam atau dom yam) adalah sup yang berasal dari Thailand. Sup ini merupakan salah satu makanan Thailand yang terkenal. Tom yum biasanya dibuat dengan udang (tom yum goong), ayam (tom yum gai), ikan (tom yum pla), atau makanan laut yang dicampur (tom yum talay atau tom yum po taek) dan jamur.

Masakan Tomyam kini telah menjadi antara resipi yang diminati rakyat Malaysia. Restoran Idaman di Mutiara Damansara adalah antara yang begitu popular dengan masakan tomyam bersantannya.

Ia juga turut menawarkan pelbagai jenis makanan ala-Thailand lain.

Restoran Idaman terletak di sebuah kawasan perumahan di Mutiara Damansara berhampiran dengan pusat membelibelah The Curve.

Anda boleh mengunjungi restoran ini di alamat berikut.

1 comment:

  1. kalau nak rasa masakan thai yg sedap, boley cuba di Kak Mah Tomyam di Kg Baru, hadapan UniKL dan DBKL di Bandar Wawasan, Jalan Sultan Ismail.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...