Sunday, January 16, 2011

Khong Hae Floating Market @ Hatyai



Antara tumpuan pelancong yang berkunjung ke Hatyai, Thailand pastinya Khong Hae Floating Market atau Klonghae Floating Market. Ia terletak kira-kira 4 kilometer dari bandar Hatyai di daerah Tambon Klonghae.
Pasar ini dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad bermula 3 petang hingga 9 malam.
Ia mula dibuka pada tahun 2008.
Pelbagai jenis makanan Thai tersedia termasuk buah-buahan, snack, minuman yang dijual di dalam sampan. Kira-kira 100 buah sampan berderetan menjual pelbagai jenis makanan dan barangan kepada orangramai.
Bagi Umat Islam, mereka boleh mengenalpasti penjualnya yang bertudung dan ada penanda Halal..
Foto yang dipaparkan adalah ehsan Sdr. Zuweri yang berkunjung ke Hatyai baru-baru ini. Anda juga boleh mengikuti blog beliau di link berikut.: http://zue86.blogspot.com.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...