Monday, November 1, 2010

Khadijah's Kitchen



Khadijah's Kitchen milik penyanyi Khadijah Ibrahim boleh dikunjungi di alamat 21 Jalan 11/2, Jalan Bukit, 46200 Petaling Jaya.
Restoran istimewa ini menawarkan pelbagai jenis masakan Melayu Istimewa seperti seperti Masak Lemak Ikan Parang, Ikan Talang Dengan Nenas, Sambal Udang Tempoyak dan pelbagai lagi. Turut ditawarkan ialah makanan ringkas seperti Nasi Lemak, Mee Goreng dan pelbagai Jenis Makanan yang sesuai pada bila-bila waktu.
Menambah seri kepada restoran ialah hiasan dekorasi dalamannya. Ini merangkumi pada bahagian letak sofa serta meja makannya.
Aksesori hiasan meja dan dekorasi tambahan di sini pun banyak diambil daripada koleksi peribadi di rumah.


Tembok restoran tidak dibiar kosong tapi dihias dengan gantungan wajah-wajah artis tersohor negara seperti Sheila Majid, Jamal Abdillah, Ramli Sarip, Anuar Zain.
Anda juga boleh mengunjungi waktu teh petang dengan hidangan istimewa kuih-kuih Melayu tradisional serta aneka jenis bubur.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...