Thursday, July 9, 2009

Roti Canai Best




Roti canai merupakan sejenis makanan kegemaran rakyat Malaysia tanpa batas waktu sama ada dimakan pada waktu pagi, tengahari, petang, ataupun malam.
Sering kali roti canai dimakan bersama dengan teh tarik, atau teh ais dan dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis.
Roti canai di India dan Singapura lebih dikenali sebagai roti pratha. Rupa roti pratha dengan roti canai adalah sama dan bentuknya masih lagi bulat.
Roti Canai ini pula boleh divariasikan menjadi Roti Telur, Roti Sardin,Roti Telur Bawang, Roti Pisang, Roti Bom, Roti Planta dan Roti Banjir.

RESTORAN FAWWAZ di Subang Jaya adalah antara satu-satunya restoran Mamak yang menghasilkan roti canai yang sedap, rangup dan berperisa yang terus menerus menerima pelanggan tetapnya setiap hari.


RESTORAN FAWWAZ
di alamat
No 12, jalan ss 14/1,
Subang Jaya, Selangor

1 comment:

  1. Fawwaza memang paling sedap...roti telur paling best di mslaysia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...