Saturday, July 11, 2009

Ostrich Farm, PD



Sekiranya anda ke Port Dickson dan tidak tahu nak ke mana, apa kata berkunjung ke
Ladang Burung Unta PD.

Ladang ini boleh diakses dari Lembah Klang menerusi lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan terletak kira-kira 30 minit pemanduan dari Seremban. Dengan menyusuri jalan pantai, anda akan dapat lihat papan tanda yang menunjukkan arah ke ladang ini.

Kunjungan ke Ladang Burung Unta PD ini merupakan destinasi percutian yang menarik bagi seisi keluarga. Lihat sendiri anak-anak burung unta yang comel dan juga burung unta dewasa setinggi 8 kaki di persekitaran semulajadi mereka yang dikelilingi pagar.

Pengunjung-pengunjung juga dibenarkan untuk menunggang burung unta ini dengan pengawasan dan juga tunjuk ajar daripada penjaga yang terlatih.

Selepas menghabiskan masa di ladang burung unta, pelawat-pelawat bolehlah membeli pelbagai cenderahati yang dihasilkan daripada pelbagai produk yaang dihasilkan dari burung unta.

Hidangan lazat seperti sate burung unta juga boleh diperolehi di kafeteria, begitu juga dengan produk daging burung unta yang lain.

Daging burung unta adalah antara sumber daging merah yang terbaik dan mengandungi jumlah lemak yang rendah dan kaya dengan sumber protein.

Harga tiket yang dikenakan ialah RM 8 bagi dewasa dan separuh harga bagi kanak-kanak.

Selain daripada burung unta, ada juga haiwan lain seperti Ayam , Arnab dan
Kambing di Ladang ini.


1 comment:

  1. hehehe.... kart pintu belakang Poli PD je.. student2 poli lehlh pergi, jalan kaki je kot..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...