Wednesday, October 5, 2011

Buckingham Palace @ London


Antara destinasi menarik di kalangan pelancong yang melawat London, pastinya mengunjungi ke Buckingham Palace.

Tidaklah menghairankan apabila sepanjang waktu, kawasan lapang berhadapan Istana Buckingham sentiasa dikunjungi pelancong.

Istana ini dibangunkan pada tahun 1703 dan dipanggi Buckingham kerana bangunan ini dulunya adalah tempat tinggal Duke of Buckingham.

Pada tahun 176I King George III memperuntukkan bangunan ini untuk tempat tinggal peribadi Queen Charlotte dan menamakannya The Queen’s House.

Secara rasmi Buckingham Palace menjadi istana kediaman rasmi keluarga Kerajaan Inggeris pada tahun 1837 oleh Queen Victoria dengan penyesuaian penambahan bangunan.

Buckhingham Palace yang merupakan adunan bangunan tua, seni bena dan nilai sejarahnaya kini menggamit pelancong untuk menyaksikan pelbagai khazanah di dalam istana.

1 comment:

  1. rindu dgn UK....

    suke baca blog nih....
    banyak citer pasal makan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...