Thursday, September 10, 2009

Kuih Raya @ Bangsar Village.



Pak Abu - the wedding planner - adalah di antara mereka yang membuka gerai menjual kuih raya dan kotak hiasan hadiah sempena menyambut hari raya di Bangsar Village, Kuala Lumpur.


Pelbagai jenis kuih raya tersedia bagi mereka yang mahu membelinya. Pengeluar biskut perayaan Mozz Cato, juga turut menyediakan pelbagai biskut pelbagai rasa. Ia juga turut memperagakan beberapa koleksi hamper yang sesuai digunakan ketika musim perayaan.

Pelbagai jenis kotak hamper tersedia rapi untuk anda yang berhajat memberikan hadiah sempena perayaan Hari Raya yang menjelang tiba.


Tidak ketinggalan juga ialah gerai pakaian yang sesuai bagi pelanggan wanita untuk mempergayakan pakaian masing-masing ketika menyambut lebaran.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...