Sunday, August 9, 2009

Tg.Jara Resort - Seni Bina Kurun Ke 17



Terengganu memang terkenal dengan keindahan alam semulajadi, kehijauan flora dan fauna serta keropok lekornya. Negeri ini juga turut menawarkan keindahan pantainya yang saujana mata memandang.

Salah sebuah pantai yang cantik dan sentiasa menjadi tumpuan pelancong ialah Tanjong Jara yang terletak kira-kira 69 kilometer dari Lapangan Terbang Antarabangsa Terengganu. Pantainya yang putih dan air laut yang jernih merupakan daya tarikan utama di Tanjong Jara.


Buat pengunjung yang ingin menikmati keindahan panorama pantai pada waktu malam, pengunjung bolehlah menginap di Tanjong Jara Resort yang menyediakan tempat penginapan yang selesa.

Pelbagai kemudahan disediakan seperti bilik persidangan, butik, perkhidmatan dobi malah bagi yang gemar bersukan, gelanggang tenis dan kolam renang juga turut tersedia.

Tanjung Jara Resort yang pernah menerima Anugerah Aga Khan kerana keindahan bangunan kurun ke 17 yang berkonsepkan sucimurni adalah berteras kepada Seni Bina Rumah Melayu Tradisional Terengganu merupakan salah satu Resort percutian buat anda yang inginkan percutian yang mewah.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...