Wednesday, December 2, 2015

Tower Of London

Tower of London, adalah sebuah bangunan bersejarah yang terletak di tepi sebelah utara Sungai Thames di kota London.
Di dalam Tower of London ini terdapat kilang senjata sekaligus tempat untuk menyimpan harta kerajaan, Mahkota Raja dan Royal Mint. 
Tower of London didirikan pada tahun 1066 sebagai sebahagian dari penaklukan British oleh William the Conqueror, Duke of Normandy. 
Selain sebagai tempat perlindungan, Tower of London kerap dipergunakan sebagai penjara. Antara tokoh utamanya  adalah Elizabeth I yang dipenjarakan di sini sebelum menjadi Ratu.
Ketika ini, Tower of London adalah salah satu bangunan bersejarah yang menjadi daya tarikan utama pelancong dari seluruh dunia. 
Tower of London boleh dikunjungi pada hari Selasa-Sabtu pada jam 09.00-17.00 dan Minggu-Isnin pada jam 10.00-16.30.

Selamat berkunjung.

Saturday, June 27, 2015

Promo Raya Bangsar Shopping Centre, BSC

Foyer Bangsar Shopping Centre di ibunegara sekali lagi berubah wajah. Lokasi promosi Aidilfitri dibuat khusus berkonsepkan kesenian Turki yang menarik.
Pengunjung boleh merasakan seperti 
membelibelah di Pasar Ankara ataupun di Istanbul.
 Bahan-bahan jualan disedia khas 
untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.
 Kueh Muih, pakaian serta barangan keperluan berhari
raya yang popular tersedia untuk pilihan pelanggan.
Selamat berkunjung.

Tuesday, June 23, 2015

Bazar Ramadhan Shah Alam - 2015

 Setiap tahun Bazar Ramadhan Shah Alam yang terletak bersebelahan Stadium Shah Alam terus menjadi 
tumpuan utama penduduk di sekitar Shah Alam.
Ia popular di kalangan penduduk setempat dan 
pengunjung kerana kemudahan parkir yang tersedia.
Pelbagai jenis kueh mueh, lauk pauk 
pelbagai resipi tersedia untuk pengunjung.
Pemuzik jalanan yang ada turut menceriakan 
suasana belibelah di Bazar Ramadhan Shah Alam.
Selamat berkunjung.

Thursday, May 14, 2015

T'kafe D'Muara Live Seafood @ Kg. Kuala Hiliran, Losong Hj Su, K.Terengganu


Berlatarkan  suasana perkampungan nelayan, T’kafe D’ Muara Live Seafood menjadi alternatif terbaru kepada kepada pengunjung.
Restoran ini  mampu menampung jumlah pengunjung sehingga 400 orang serta menawarkan jumlah hidangan mencecah 120 jenis menu.
Bagi pelanggan yang datang berkumpulan atau sekeluarga,
 restoran ini turut menyediakan beberapa set makanan.
Menu yang disediakan bercirikan menu 
tradisional tempatan, masakan Cina serta barat.
10 akuarium menempatkan lima jenis ikan hidup air tawar dan lima jenis ikan hidup air masin disediakan untuk pelanggan memilih hidangan.
T’kafe D’ Muara Live Seafood beroperasi di sebuah rumah tradisional yang dikenali sebagai rumah warisan di kalangan penduduk tempatan Terengganu.
Selamat berkunjung.
Foto2 Ehsan Azizi Sunip.

Tuesday, March 31, 2015

Dataran Marienplatz Di Kota Munich, Germany



Marienplatz merupakan pusat kota lama Munich 
di Germany sejak penubuhannya pada tahun 1158.

Nama Marienplatz diperoleh setelah didirikan 
monumen Mariensäule pada tahun 1638 
untuk merayakan berakhirnya pendudukan Sweden.

Dataran Marianplatz juga adalah syurga belibelah bagi pengunjung.

Pelbagai jenis barangan termasuk 
yang berjenama tersedia untuk pengunjung.



Tidaklah menghairankan kerana saban hari Dataran ini sentiasa dipenuhi pengunjung khususnya para pelancong yang berkunjung ke Munich.

 Selamat berkunjung.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...