Wednesday, September 9, 2009

Seni & Tradisional di Pavilion, KL


Promosi belibelah Hari Raya menjadi agenda terkini bagi kebanyakan kompleks membelibelah di Ibunegara.


Di Pavilion, KL, kompleks membelibelah ini menggunakan tema Seni & Tradisional yang berlangsung antara 1 September hingga 30 September ini sempena dengan sambuatan Hari Raya.


Ia turut menawarkan 70 restoran dan gerai makanan antarabangsa di Tingkat 6.

Di concourse kompleks itu tersedia beberapa gerai khas yang dihias indah untuk menyambut para pengunjung.


Sebuah kumpulan muzik tradisional Melayu tersedia menghiburkan lagu-lagu asli.


Sekiranya anda letih membelibelah, apa kata singgah sekejap meyaksikan persembahan muzik tradisional ini dan menikmati gesekan biola lagu-lagu Melayu Asli.

Usaha ini juga turut menarik minat pelancong untuk sama-sama menikmati keindahan dan keaslian irama lagu Melayu Asli di samping membelibelah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...