Showing posts with label jalan2-eropah/munich. Show all posts
Showing posts with label jalan2-eropah/munich. Show all posts

Thursday, April 4, 2019

Pasar Harian Viktualienmarkt @ Munich, Germany



Viktualienmarkt  merupakan satu lokasi menarik untuk dikunjungi sekiranaya Anda berada di Munich, Germany. Pasar harian ini turut menjadi  tarikan pelancong kerana ia menawarkan pelbagai jenis bahan makanan.

Pasar yang terletak di kawasan 22,000 meter persegi tidak hanya menjual buah, sayur dan keperluan seharian malah turut menawarkan bunga, daging, ikan, keju dan barangan keperluan dapur.







Ia terletak di Pusat kota Munich 
berhampiran dengan Marienplatz.


Pada mulanya pasar ini terletak di Marienplatz, Munich  tetapi kerana ia berkembang sebegitu pesat, King Maximilian1 menitahkan supaya lokasi pasar harian itu dipindahkan  ke kawasan berhampiran pada tahun 1807.



Ia dibuka sepanjang tahun setiap hari Isnin hingga Sabtu.



Di sini, selain berbelanja, para pengunjung juga 
berpeluang berinteraksi dengan penduduk setempat.



Selamat berkunjung

Tuesday, November 13, 2018

Berkunjung ke Munich - Germany



Kota Munich memilikki bangunan klasik yang menarik. Terdapat banyak bangunan  tua yang terjaga rapi. 



Munich memiliki ciri khas yang berbeda dengan 
kebanyakan kotametropolitan lain di dunia kerana tidak banyak bangunan pencakar langit.




Marienplatz  pula merupakan pusat 
kota Munich sejak tahun 1158.

Ia merupakan pusat membeli-belah bagi 
penduduk setempat serta para pelancong.


Bagi pengunjung Islam ke Munich, terdapat banyak 
restoran halal yang tersedia khususnya daripada jenis makanan Lebanon atau Turkey.

Selamat berkunjung.

Monday, November 5, 2018

Dataran Marienplatz Di Kota Munich, Germany

Marienplatz merupakan pusat kota lama Munich 
di Germany sejak penubuhannya pada tahun 1158.

Nama Marienplatz diperoleh setelah didirikan 
monumen Mariensäule pada tahun 1638 untuk 
merayakan berakhirnya pendudukan Sweden.
Dataran Marianplatz juga adalah syurga belibelah. 
Pelbagai jenis barangan termasuk yang 
berjenama tersedia untuk pengunjung.
Tidaklah menghairankan kerana saban hari Dataran 
ini sentiasa dipenuhi pengun jung khususnya 
para pelancong yang berkunjung ke Munich.



Selamat berkunjung.

Friday, May 11, 2012

Jom River Cruise Germany

                 Berkunjung ke Eropah adalah antara destinasi menarik bagi pelancong.
Antaranya mengikuti rombongan menyusuri Sunga Rhines dan 
meninjau Rhine Gorge - lokasi UNESCO World Heritage Site.
Sepanjang perjalanan  pengunjung boleh menyaksikan Burg Rheinfels  
istana terkenal di Middle Rhine termasuk Katz &  Maus Castles. 
Dari geladak kapal pengunjung boleh melihat ladang anggur segar.
Ia adalah satu pengembaraan yang mempesonakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...