Theobrama Chocolate Lounge yang berasal dari Austrlia memulakan perniagaannya dengan membuka cawangan pertamanya di 1 Utama.
Ia kemudiannya diikuti dengan pembukaan cawangan kedua di Pavilion di ibunegara.
Sepertimana namanya restoran ini mengkhususkan jualan kepada makanan dan minuman
berteras cokelat - di samping menyediakan koleksi cokelat pelbagai bentuk dan rasa.
Ia lebih ketara kepada jenis menu minuman yang tersedia.
Walau bagaimanapun, pelbagai jenis makanan ringan tersedia bagi anda untuk menikmatinya.
Pelbagai jenis kek juga tersedia menemui para pelanggan.
Suasana yang santai serta susun atur persekitaran restoran ini memberi ketenganan
bagi para pengunjungnya untuk bersantai di samping menjamu selera.
No comments:
Post a Comment