Tuesday, September 8, 2009

Rumah Tradisi di One Utama

Sebuah rumah bercirikan rumah kampung Melayu menjadi tema pilihan Kompleks Membelibelah One Utama, di Damansara sebagai strategi promosinya sempena Lebaran tahun ini.

Ia terletak di tengah-tengah bangunan Kompleks Belibelah ini. Suasana di sekitar bertukar wajah menjadi sebuah kampung yang di kellingi gerai bertema sampan yang menjual pelbagai barangan makanan dan hiasan bersempena Hari Raya yang kian menjelang.


Antara gerai yang yang diberi perhatian pengunjung ialah yang menjual kuih raya.


Gerai menjual karya lukisan turut ditampilkan.


Hiasan dan pakaian sempena Hari Raya turut dipamerkan untuk memberi pelbagai pilihan kepada pengunjung.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...