Wednesday, May 19, 2010

O'Briens Irish Sandwich

Bagi peminat sandwich,O'Briens Irish Sandwich Bars adalah tempat yang boleh dikunjungi.
Antara cawangan terbarunya ialah di Empire Gallery Mall, bersebelahan Subang Parade di Subang Jaya.

Konsep Sandwich Irish ini diperkenalkan pada tahun 1988 dan kini ia telah berada lebih 4 tahun di Malaysia.
Menu roti sandwich pelbagai rasa ini pastinya boleh memenuhi citarasa peminat sandwich.

Di Lembah Klang Restoran ini boleh dikunjungi di Great Eastern Mall, Menara Weld, Chulan Square, The Curve, One Utama, Menara OCBC, Suria KLCC, Sunway Pyramid, dan Empire Gallery Mall di Subang Jaya.

Restoran yang berasal dari Ireland ini kini boleh ditemui di 300 cawangan Sandwich Bar di seluruh dunia. Cawangannya terdapat di Australia, China, Denmark, United Kingdom, Gibraltar, India, Indonesia, the Kingdom of Bahrain, Saudi Arabia, Singapore, Spain, Taiwan, Thailand dan The Netherlands.

Friday, May 14, 2010

Nasi Ayam Pak Mal @ Shah Alam


Sekiranya anda berada di Shah Alam dan berhasrat untuk makan tengahari, anda boleh
mencuba Nasi Ayam Pak Mal.
Gerai makan ini yang popular di kalangan penduduk setempat serta peminat Nasi Ayam di Lembah Klang terletak Gerai Makanan , Seksyen 11 di Shah Alam.
Gerai Nasi Ayam Pak Mal sentiasa dipenuhi dengan pelanggannya khususnya waktu makan tengahari.
Apa yang istimewanya Nasi Ayam Pak Mal ini ialah cara masakan ayam di samping keenakkan sos yang disediakan untuk pelanggan.

Monday, May 10, 2010

Anggerek Kuring @ Kota Damansara


Lebih banyak restoran Indonesia kini boleh ditemui di Lembah Klang dan mendapat tempat di kalangan peminat makanan Indonesia tempatan.
Antara restoran yang popular pastinya makanan Minang yang boleh didapati di Restoran Sari Ratu dan Salero Minang. Makanan-makanan Sunda juga mula popular bagi para peminatnya.
Restoran yang menawarkan makanan Sunda ini ialah Anggerek Kuring di alamat No 60 -G. Jalan PJU 5/20, Pusat Perdagangan Kota Damansara (The Strand). Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 11 pagi hingga 11 malam.
Apa yang istimewanya makanan di Restoran ini ialah pelbagai hidangan nasi berlaukkan pelbagai jenis hidangan ayam, daging dan makanan laut. Antara yang popular ialah Nasi Ayam Kalasan, Nasi Ayam Panggang Spesial, Nasi Gimbal, Nasi Pecel Leleh dan Nasi Soto Ayam.
Restoran ini mempunyai sebuah lagi cawangan di No. 30 (Aras 1), Jalan Puteri 1/4, Bandar Puteri, 47100, Puchong Selangor.

Thursday, May 6, 2010

Sambal Hijau @ Sg. Penchala

Kalau anda menggemari makanan nasi campur khususnya waktu tengahari, anda boleh berkunjung ke Restoran Sambal Hijau di Kg. Sungai Penchala.
Jika Anda mahu ke sana, anda boleh menyusuri Penchala Link dan susur keluar ke Kg. Sungai Penchala, jalan terus dan akan menemui Simpang Tiga. Ia terletak bersebelahan Masjid Kuning Tengku Abdul Aziz Shah.
Menu makan tengahari bertemakan Masakan Minang/ Masakan Padang.


Anda boleh memilih berpuluh-puluh jenis menu mengikut selera dam minat Anda.
Sekiranya Anda mahukan keselesaan sila datang awal waktu tengahari, kerana restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan tetap. Selamat mencuba.

Monday, May 3, 2010

Mee Rebus Kuala Kubu Bharu

Sekiranya Anda berada di Kuala Kubu Selangor dan berhasrat mencari gerai makan atau restoran, apa kata anda mencuba Kedai Makanan milik Jamilah Badik.

Kedai ini popular di kalangan penduduk setempat kerana telah beroperasi sejak tahun 1980.
Ia terletak berhadapan Sekolah Rendah Agama Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Menu istimewanya ialah pelbagai Jenis Mee seperti Mee Rebus, Bihun Rebus, Laksa, Soto, Mee & Beehon Kari.


Harga sepinggan keseluruhannya ialah RM2.80.
.
Ia juga turut menawarkan Nasi Campur.
Kedai makan ini di buka setiap hari kecuali Sabtu & Ahad serta cuti umum.

Gambar :Ehsan Syaiful Ezzwan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...