Kuala Kangsar merupakan Bandar DiRaja yang penuh bersejarah di Perak.
Bandar Di Raja ini juga turut  menawarkan beberapa destinasi pelancongan  menarik.

Antara ikon pelancongan yang wajar dikunjungi pastinya Masjid Ubudiah di Bukit Chandan. Ia dianggap salah sebuah  masjid terindah di Malaysia dan menjadi  simbol kebanggaan umat Islam di Perak.
Kubah emas dan menara masjid adalah bukti dari keindahan senibina Islam. Masjid ini dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.


Istana Iskandariah pula terletak di atas Bukit Chandan, di tepi kanan Sungai Perak,bersebelahan Kampung Padang Kawad. Inilah istana rasmi tempat bersemayam Raja-raja pemerintah yang ditabal sebagai Sultan Perak sejak tahun 1933.
.



Bersebelahan Istana Iskandariah anda boleh mengunjungi Istana Kenangan / Istana Kuning yang kini dijadikan Muzium DiRaja Perak. Bangunan ini unik kerana dibina tanpa menggunakan walau sebatang paku.
 
 

No comments:
Post a Comment