Tuesday, October 13, 2009

Roti Canai Victory


Restoran Victory yang popular dengan Murtabak Singapore originalnya turut menawarkan beberapa makanan lain yang sedap dan menyelerakan.



Antara makanan yang anda boleh cuba ialah roti canai, roti telur dan roti bawang telurnya. Roti Canai ini kelihatan seperti Murtabak tanpa daging.


Anda juga boleh mencuba Lontong ataupun Kue Teow goreng Ala-Singapura yang juga begitu menyelerakan.


Anda juga boleh mencuba Nasi Briani specialnya, sama ada Ayam ataupun Daging.



Bagi mereka yang mahu mencuba pelbagai jenis roti canai istimewa ini , mereka boleh mengunjungi Restoran Victory di alamat


No. 21-1, Jalan USJ 9/5Q,

Subang Business Centre, 47628,

Subang Jaya

(Di belakang Perpustakaan Multimedia dan berhampiran Masjid Alfalah, USJ).

Restoran ini merupakan restoran cawangan Victory di ArabStreet, Singapore yang popular dengan Murtabak dan Nasi Beriyaninya.

Lihat juga blog sebelum ini megenai Murtabak Istimewa Restoran Victory.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...