Monday, October 25, 2010

Nasi Liwet @ Rumah Mode, Bandung


Sekiranya berkesempatan berkunjung ke Rumah Mode - pust belibelah barangan kilang -factory outlet di Bandung, pastikan Anda singgah di Food Court pusat belibelah itu.
Antara pelbagai jenis makanan, Nasi Liwet menjadikan tarikan utama
Nasi Liwet adalah sejenis makanan khas dari Solo.
Nasi itu mengandungi nasi, sayuran, daging ayam, telur dan pelbagai bahan lainnya.
Ketika dihidang, makanan ini tidak menggunakan pinggan atau mangkok, tetapi menggunakan daun pisang berlapis dua yang di sebelah hujungnya diselit penusuk gigi dibuat dari buluh.
Bagi orang Solo, nasi Liwet adalah makanan sarapan yang mudah disediakan dan kemungkinannya sepertimana penyediaan Nasi Lemak di Malaysia

Tuesday, October 19, 2010

Nasi Lemak TANGLIN @ Bangsar



Nasi Lemak Tanglin adalah di antara nasi lemak paling popular di ibu negara. Pasti ramai yang pernah mencuba makan di gerai nasi lemak yang terletak di Gerai No. 6, Kompleks Makan Tanglin @ Jalan Cendarasari, KL.
Kini satu lagi cawangan telah dibuka di Bangsar.
Seperti nasi lemak yang lain, nasi lemak di sini juga mempunyai telur,
kacang dan ikan bilis goreng, timun dan sambal.
Keistimewaan khusus yang terdapat dalam nasi lemak ini ialah kelainan dalam rasa nasi dan sambalnya.Anda juga boleh memilih lauk mengikut selera anda kerana terdapat pelbagai jenis lauk seperti rendang ayam, sambal sotong,sambal paru dan macam-macam lagi.
.
Dulunya, lokasi Tanglin dihuni oleh Nasi Lemak Antarabangsa di Bangsar.
Ia terletak di alamat:
No.51 Jalan Telawi 3, Bangsar Baru

Tuesday, October 12, 2010

el fresco @ Empire Gallery


Sekiranya anda berkesempatan mengunjungi Kompleks Beli Belah yang baru di SS16 di Subang Jaya, Empire Gallery, anda boleh mencuba sebuah restoran ala-Italy El Fresco Italian Kitchen . Ia terletak di Lot 6, LG-G1, Empire Shopping Gallery,di dalam Jaya Grocer.
Restoran ini menyediakan pelbagai jenis makanan Itali dengan masakan Chef Melayu tempatan. Apa yang lebih menarik ialah anda boleh membeli ikan, sotong mahupun udang di Jaya Grocer dan meminta Chef di Restoran ini memasaknya mengikuti menu pilihan Anda.
Konsep membelibelah bahan keperluan di samping penyediaan restoran untuk berhenti rehat ketika membeli-belah adalah satu pendekatan yang menarik.
.

Sunday, October 10, 2010

Jintan Brasserie @ Kuala Terengganu


Felda D'Saji - menawarkan perkhidmatan profesional dan bermatlamat untuk menepati cita rasa setiap pelanggannya.
Ketika ke Kuala Terengganu sedikit masa dulu, Felda Residence Kuala Terengganu menjadi pilihan penginapan.

Jintan Brasserie Felda Residence memberi keselesaan kepada setiap tetamunya dengan sajian hidangan istimewanya.

Para pengunjung boleh mengambil kesempatan ketika di Jintan Brasserie untukmelihat panorama menarik bandarayanya Kuala Terengganu.
Hotel itu turut menawarkan kamar penginapan 101 bilik yang terletak sebegitu strategik di tengah-tengah bandar sambil terbentang permandangan sungai Terengganu.
Hotel 20 tingkat ini terletak di antara Kampung Cabang Tiga dan bandar Kuala Terengganu..

Thursday, October 7, 2010

Ikan Bakar - Gerai Dol Mat Mini @ JB


Gerai Dol Mat Mini - Seafood Sigapore Geylang Serai - bukan terletak
di Geylang Singapore.Ia terletak di Tepian Tebrau di belakang Straits
View Hotel iaitu tidak jauh dari Dataran Bandaraya J.Bahru.
Kedudukannya sederet dengan Restoran Tip-Top - sebuah lagi
gerai makanan seafood yang agak popular .
Kawasan Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan tetap khususnya
pada malam minggu yang menggemari menu khas restoran ini - iaitu Ikan Bakar.
Tawaran istimewa gerai ini pastinya sambal khas ikan bakar maskan ala Geylang Serai.
Di samping itu turut ditawarkan pelbagai jenis makanan
seafoodseperti udang, ketam, kupang dan pelbagai lagi.
.

Monday, October 4, 2010

i-City @ Shah Alam


Ia terletak di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor yang dikenali, i-City. Ketika memasuki kawasan i-City, pengnjung boleh menikmati keindahan pokok yang berwarna-warni di sepanjang jalan ke tempat letak kereta.

CityWalk adalah kawasan pejalan kaki yang dijadikan pentas utama untuk pelawat menjalankan pelbagai aktiviti ketika berkunjung ke sana.

Di CityPark, pengunjung bebas menikmati keindahan malam yang diterangi lampu berwarna-warni itu. Si kecil pastinya teruja melihat haiwan seperti harimau,rusa dan bangau yang bercahaya.

.

Bandar cahaya itu, dibuka setiap hari dari jam 7 hingga 10 malam. Kira-kira 5,000 pelawat berkunjung setiap malam dan bilangan itu bertambah kepada 10,000 pengunjung pada hujung minggu.

..

Saturday, October 2, 2010

Tangkuban Parahu @ Bandung

Tangkuban Parahu adalah antara destinasi menarik bagi mereka yang
berhasrat mengunjungi Bandung. Ia adalah sebuah gunung setinggi
2.084 meter di dataran Parahyangan, di utara kota Lembang.
Udara sejuk, hamparan kebun teh, lembah dan pepohon tinggi
menyambut pengunjung ke kawasan dataran tinggi Tangkuban Parahu.
Di kawasan gunung Tangkuban Perahu terdapat tiga kawah yang
menarik untuk dikunjungi iaitu Kawah Domas, Ratu dan Upas.
Di antara ketiganya yang paling besar dan ramai pengunjungnya ialah Kawah Ratu.

Pelbagai jenis gerai tersedia menawarkan pelbagai cenderamata.
Ada juga penjual makanan dan minuman. Pengunjung juga boleh
menunggang kuda untuk mengelilingi sebahagian kawasan kawah ini.
Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang,
yang dikisahkan jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan
niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi mengajukansyarat supaya Sangkuriang
membuat perahu dalam semalam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan
menendang perahu itu, sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu
inilah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Parahu

Friday, October 1, 2010

Sup Keting @ Ani Sop Utara

Bagi para peminat sop. Sekiranya anda sudah puas dengan pelbagai jenis sop,
apa kata mencuba pengalaman baru dengan mencuba Sop Keting.
Untuk mendapatkannya, anda boleh mengunjungi
di kebanyakan Restoran Ani Sop Utara.
Rasanya begitu menyelerakan berbanding dengan pelbagai jenis sop lain.
Saya telahpun mencubanya dengan mengunjungi Restoran Ani Sop Utara di Kelana Jaya di alamat
B-G07, Jalan SS 6/20, Dataran Glomac, Kelana Jaya.

Bagi mengubah selera, Anda juga boleh mencuba Nasi Arab Elmandi. Nasi berlaukkan peha ayam itu pastinya menggamit pengunjung ke Ani Sop Utara di Kelana Jaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...