Monday, September 7, 2009

Bazar Ramadan - 2009 @ Shah Alam

Sepertimana di tempat lain, Bazar Ramadan di Shah Alam menerima lebih ramai para pengunjung setiap hari kerana lokasinya yang agak menarik.

Ini kerana ia bertempat di letak tempat kereta Stadium Shah Alam.

Orangramai tidak mempunyai masalah untuk meletak kereta.


Tidaklah menghairankan, ia terus menjadi pusat tumpuan para pengunjung saban tahun untuk membelibelah persedian berbuka puasa dengan agak selesa.


Pelbagai juadah puasa tersedia untuk pengunjungnya. Lebih daripada seratus gerai tersedia dan terserahlah kepad pengunjung membuat pilihan juadah mengikut selera masing-masing.

Ini kerana jumlah gerai dirasakan lebih besar berbanding dengan Bazar Ramadan di tempat lain.

Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor mempunyai penduduk Islam yang ramai.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...