Friday, July 10, 2009

Penang Butterfly Farm




Penang Butterfly Farm adalah antara destinasi utama bagi para pengunjung ke Pulau Pinang.
Keistimewaan Taman Kupu-Kupu ini ialah kerana ia memilikki koleksi lebih 4000 jenis daripada 120 species. Ini termasuk jenis kupu-kupu yang kian pupus iaitu Indian Leafl (Kallima paralekta) dan Yellow Bird wing (Troides helena).
Taman ini dibuka oleh David Goh, yang mendapat sumber inspirasi dan galakkan daripada Mr. Clive Farrell, pemilik Stratford Butterfly Farm at Stratford-on-Avon (tempat lahirnya William Shakespeare) i England, untuk memulakan taman kupu-kupu di Malaysia.
Ia dibuka dengan rasminya pada tahun 1986.


Taman ini terletak di penghujung kawasan deretan hotel di Batu Ferringhi di satu kawasan seluas 0.8 hektar di Teluk Bahang, kira-kira 17 kilometer dari Georgetown.
Kejayaan Penang ButterflyFarm ini menjadi sumber inspirasi bagi pembukaan taman kupu-kupu lain di Melaka, Cameron Highland dan Sngapura.


Taman Kupu-kupu ini juga turut menerima pengiktirafan dunia kerana ia juga bertindak sebagai pusat penetasan kupu-kupu yang termasyhur di rantau ini.


Taman ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam9.00 pagi hingga jam 5.30 petang sementara di hujung minggu dan cuti umum dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Taman ini dibuka sepanjang tahun melainkan cuti setengah hari menjelang Hari Raya Cina.
Tiket masuk ialah rm20 untuk dewasa dan rm10 bagi kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...