Wednesday, November 30, 2011

Mee Soto Skudai Kiri @ JB

 Sekiranya Anda menginginkan Mee Soto, apa kata mencubanya 
di gerai  makan tepi  Bilik Pameran Honda (Dulunya lokasi CIMB) 
di Jalan Skudai Kiri.
 
Di kawasan itu  lebih 10 gerai menjual pelbagai jenis 
makanan dan istimewanya ialah menu waktu sarapan.
 Anda juga boleh mencuba roti canai yang ada.
Atau memilih untuk bersarapan Nasi Lemak bungkus.
Banyak gerai yang ada di sini dan Anda boleh memilih mengikut citarasa anda sendiri.
Selamat berkunjung.

Tuesday, November 29, 2011

Kuih Tradisi Kelantan - Yati Ayam Percik @ Kota Bharu

Bagi mereka yang pernah singgah ke Restoran Yati Ayam Percik di Kota Bharu, pastinya teruja melihat pelbaga jenis kuih tradsional yang tersedia di pintu masuk restoran ini.
Pastinya selepas menikmati Nasi Kerabu yang dilengkapi ayam percik, daging bakar, telur masin dan keropok anda mahu merasa pelbagai kuih yang ada.
Bagi pengunjung Restoran Yati Ayam Percik deretan  pelbagai juadah kuih-muih 
pencucui mulut  sangat unik dan menarik.
 Restoran ini mula dibuka  waktu tengahari hingga 11 malam setiap hari .
Restoran Yati Ayam Percik boleh dikunjungi di alamat
 No. 847, Jalan Long Yunus, Kota Bharu.
Lihat juga blog sebelum ini mengenai Yati Ayam Percik @ KB

Monday, November 28, 2011

Chicken Wing Singgah Selalu 2011 @ JB

 Restoran Singgah Selalu yang terletak berhadapan kawasa pelancongan 
Danga Bay menawarkan pelbagai jenis makanan sehari 24 jam.
Anda boleh memilih pelbagai jenis makanan berdasarkan keperluan selera Anda.
Tetapi antara menu yang menarik, Anda boleh mencuba Chicken Wingnya. 
 Ia menjadi menu istimewa restoran ini yang mahu menjamu selera makanan 
ringan khususnya pada sebelah petang ataupun lewat malam.
Rojak Tahunya juga agak popular dan pastikan Anda mencubanya.a
 Anda juga boleh mencuba Nasi Goreng Sea Food, antara menu popular restoran ini.
 Selamat berkunjung.

Friday, November 25, 2011

Bersantai di Pantai Tanjung Aru @ Kota Kinabalu


Sekiranya anda ke Kota Kinabalu, khususnya semasa musim cuti
sekolah ini pastikan, anda mengunjungi Tanjung Aru Beach Resort
yang terletak berhampiran Pantai Tanjung Aru.


Sekalipun anda tidak menginap di hotel 5 bintang ini, Anda boleh menikmati 
persekitarannya di samping melihat keindahan Pantai Tanjung Aru.

Hotel itu terletak di alamat berikut :
20 Jalan Aru, Tanjung Aru, Kota Kinabalu, 88100, Malaysia.
Selepas ke sini  pastikan Anda ke Pantai Tanjung Aru  yang 
menyediakan pelbagai gerai makanan khususnya makanan laut.

Thursday, November 24, 2011

HALAL Restaurant @ Bayswater, London

Kawasan Bayswater di London adalah di antara kawasan yang
 terdapat ramai umat Islam. Malaysia Halll juga terletak di kawasan itu.
Oleh itu tidaklah menghairankan banyak
 restoran-restoran Halal yang boleh ditemui di sini.

Di antara Restoran berkenaan ialah restoran Halal.
Ia menawarkan pelbagai jenis Nasi serta Roti.



Pelbagai jenis nasi serta lauk pauk tersedia untuk dijamah.


Sekiranya anda menggemari makanan burger & kebab, ia turut disediakan.
Selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...