Saturday, August 1, 2009

Pameran Darurat


Pameran Darurat Rentetan Sejarah 1948-1960 ini diadakan di Muzium Negara bermula 30 Jun sehingga 30 Ogos 2009. Pameran ini memaparkan aspek-aspek pencetus darurat di Tanah Melayu serta pergolakan yang berlaku di sepanjang tempoh 1948 hingga 1960.

Pameran ini juga turut menerangkan dan memperlihatkan peranan dan perjuangan wira bangsa. Pameran ini juga adalah sebagai usaha untuk mendorong masyarakat celik sejarah di samping memupuk sikap cintakan negara.

Pameran yang dibuka jam 9 pagi hingga 6 petang itu diharap dapat mendorong masyarakat celik sejarah di samping menyemai sikap cintakan negara khususnya untuk genersi muda negara.


Untuk maklumat lanjut layari www.jmm.gov.my.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...