Sunday, November 25, 2018

Milan - Kota Komersil Itali Menggamit Pelancong



Kota Milan dengan 1.35 juta penduduk adalah pusat industri, perdagangan dan kewangan Itali. Milan sebagai kota kedua terbesar di Itali selepas Rome juga terkenal sebagai pusat rekabentuk dan fesyen termasyhur dunia.

Tempat paling utama bagi pelancong ketika di sini ialah  Piazza Duomo - gereja gotik dan Galleria Mall bersebelahan  yang juga pusat beli-belah tertua dan tersibuk dunia.  


Piazza Duomo adalah Katedral Katolik kedua terbesar selepas Katedral Sevilla. Gereja ini panjangnya 157 meter dan boleh menampung  40 ribu orang  di dalamnya. 



Galleria Vittorio Emanuele II pula ialah pusat belibelah  yang unik dengan kubah kacanya. Di dalam Galleria ini tersedia pelbagai butik berjenama seperti Prada, Louis Vuiton, Gucci, Versace, Cartier, Giorgio Armani, Via Manzoni  dan lain-lain.

Kota Milan memiliki banyak tempat bersantai bersama keluarga dengan mengunjungi opera, mahupun menonton bolasepak dua pasukan terunggul iaitu Inter Milan & A.C.Milan. 

Sistem pengangkutan yang efisien seperti penggunaan tram, bus dan metro line memudahkan perjalanan bagi semua.

Thursday, November 15, 2018

Nasi Kandar Zainul @ PJ


Nasi Kandar memang popular di kalangan rakyat Malaysia. 
Kini Restoran Nasi Kandar boleh ditemui 
di mana-mana bukan hanya di Pulau Pinang.
Di Lembah Klang, banyak pihak yang berpendapat Nasi Kandar Zainol di PJ adalah antara restoran Nasi Kandar yang istimewa.
Ia terletak di Komplek C, Emporium Makan dan Tempat Letak Kereta PJ.
Restoran ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggan
setiap hari termasuk pada hujung minggu.
Apa kata Anda singgah ke mari dan mencubanya.


Wednesday, November 14, 2018

Rumah Adat Tongkonan di Tanah Toraja


Bagi mereka yang berkunjung ke Sulawesi Selatan, sekiranya berkelapangan mereka boleh berkunjung ke Tanah Toraja - sebuah destinasi pelancongan yang berterusan menerima kehadarian pelancong dari seluruh dunia.


Untuk ke sana para pengunjung dari Makassar perlu menempuh perjalanan darat sejauh 350 km untuk tiba ke Tanah Toraja. ciri menarik ketika di Tanah Toraja ialah rumah Tongkonan. Rumah ini dahulunya menjadi pusat pentadbiran, kekuasaan adat, dan perkembangan kehidupan sosial budaya masyarakat Toraja. Rumah ini tidak boleh dimiliki oleh orang perseorangan melainkan turun temurun oleh keluarga atau marga suku Tana Toraja.
Dengan cirinya yang sedemikian, Tongkonan berfungsi antara lain sebagai pusat budaya, pusat pembinaan keluarga serta pembinaan peraturan keluarga.
Tongkonan mempunyai fungsi sosial dan budaya yang bertahap-tahap di kalangan masyarakat. Ia terbagi kepada beberapa jenis seperti tongkonan layuk atau tongkonanpesio'aluk, iaitu tempat menyusun aturan-aturan sosial keagamaan.
Ada juga tongkonan pekaindoran, pekamberan, atau kaparengngesan, iaitu tongkonan yang berfungsi sebagai tempat pengurusan dan pentadbiran adat.


Tuesday, November 13, 2018

Berkunjung ke Munich - Germany



Kota Munich memilikki bangunan klasik yang menarik. Terdapat banyak bangunan  tua yang terjaga rapi. 



Munich memiliki ciri khas yang berbeda dengan 
kebanyakan kotametropolitan lain di dunia kerana tidak banyak bangunan pencakar langit.




Marienplatz  pula merupakan pusat 
kota Munich sejak tahun 1158.

Ia merupakan pusat membeli-belah bagi 
penduduk setempat serta para pelancong.


Bagi pengunjung Islam ke Munich, terdapat banyak 
restoran halal yang tersedia khususnya daripada jenis makanan Lebanon atau Turkey.

Selamat berkunjung.

Sunday, November 11, 2018

Casa Batllo Karya Antoni Gaudi @ Barcelona

Apabila Anda  ke Barcelona dan khususnya peminat seni, pastikan Anda berkunjung  ke Casa Batllo. 

Casa Batllo adalah sebuah bangunan yang diilhamkan oleh  Antoni Gaudi pada tahun 1877 dan dimodelkan semula pada tahun 1904–1906.


Di bahagian atap bangunan ini Casa kelihatan seperti makhluk reptilia seperti tulang punggung dinosaur raksasa.




 
Hasil kreatif kerjatangan Antoni Gaudi kelihatan memenuhi ruang dalaman Casa Batllo.


Bangunan pada satu ketika merupakan kediaman Josep Battlo, kini menjadi tumpuan  utama pelancong  dunia karena keindahan dan keunikannya.


















Reka bentuknya  adalah untuk mencegah garis lurus secara keseluruhan. Banyak dari rekaan dihias dengan mosai diperbuat dari jubin-jubin seramik  yang bermula dengan warna jingga keemasan beralih ke biru kehijauan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...