Bagi mereka  yang berkunjung ke Sulawesi Selatan, sekiranya berkelapangan mereka  boleh berkunjung ke Tanah Toraja - sebuah destinasi pelancongan yang  berterusan menerima kehadarian pelancong dari seluruh dunia.
Untuk ke sana para pengunjung dari Makassar perlu menempuh perjalanan darat sejauh 350 km untuk tiba ke Tanah Toraja. ciri menarik ketika di Tanah Toraja ialah rumah Tongkonan. Rumah ini  dahulunya menjadi pusat pentadbiran, kekuasaan adat, dan perkembangan  kehidupan sosial budaya masyarakat Toraja. Rumah ini tidak boleh  dimiliki oleh orang perseorangan melainkan turun temurun oleh keluarga  atau marga suku Tana Toraja.

Dengan  cirinya yang sedemikian, Tongkonan berfungsi antara lain sebagai pusat  budaya, pusat pembinaan keluarga serta pembinaan peraturan keluarga.
Tongkonan  mempunyai fungsi sosial dan budaya yang bertahap-tahap di kalangan  masyarakat. Ia terbagi kepada beberapa jenis seperti tongkonan layuk atau tongkonanpesio'aluk, iaitu tempat menyusun aturan-aturan sosial keagamaan.
Ada juga tongkonan pekaindoran, pekamberan, atau kaparengngesan, iaitu tongkonan yang berfungsi sebagai tempat pengurusan dan pentadbiran adat.
No comments:
Post a Comment