Friday, August 21, 2009

Cherating Oh Cherating




Jikalau anda dari Lembah Klang dan ingin beristirehat dan bersantai di tepi pantai, lokasi paling hampir di Pantai Timur Semenanjung ialah di Cherating yang letaknya kira-kira 40 kilometer dari Kuantan.
Cherating popular dengan identitinya sebagai sebatang jalan sepanjang kira-kira 1 km selari dengan pantai yang dipenuhi deretan chalet yang selesa yang kebanyakannya berhampiran pantai.

Cherating menawarkan kombinasi ombak laut yang sesuai untuk peminat peluncur, pantai yang bersih, pelbagai tempat penginapan murah dan mahal, pilihan tempat makan serta aktiviti hiburan malam di tepi pantai.
Peminat peluncur papan air turut menjadikan Cherating antara destinasi tumpuan kerana mengambil kesempatan kehadiran ombak laut yang hebat sambil bersantai.

Mencari penginapan yang sesuai bukanlah satu masalah ketika di Cherating. Di sini terdapat banyak resort dan chalet. Antara resort popular di sini ialah Eastern Pavillion Cherating, Impiana Resort Cherating, Suria Cherating Resort, The Legend Resort dan Residence Inn Resort. Resort terkenal Club Med turut membina resortnya yang pertama di Asia di Cherating.

Sekiranya anda ingin penginapan bajet, anda boleh menginap di chalet-chalet ala kampung yang ada di sepanjang pantai peranginan ini. Harga yang ditawarkan di antara RM50 dan RM150.

Apa yang penting, anda perlu membuat pilihan sendiri mengikut selera ANDA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...