Wednesday, January 5, 2011

Nasi Kandar Ayam Merah @ Ipoh


Kalau berkunjung atau singgah di Ipoh, pastikan anda menuju ke Jalan Yang Kalsom untuk mencuba Nasi Kandar yang
terletak dalam Kedai Kopi Yong Suan.
Restoran Nasi kandar Ayam Merah telah dibuka sejak
tahun 1960 lagi iaitu seusia kedai kopi Yong Suan.

Sekiranya anda berkunjung ke restoran itu pada waktu tengah hari, anda bukan
sahaja terpaksa beratur panjang malah sukar untuk mendapat tempat duduk.
Walau bagaimanapun, penggemar masakan ini yang terdiri daripada penduduk setempat serta penggemarnya yang singgah di Ipoh dalam perjalanan ke Utara mahupun ke Selatan sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati nasi kandar di sini.
Apa yang lebih menarik ialah pelanggan
restoran ini terdiri daripada pelbagai bangsa. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...