Wednesday, June 30, 2010

Sata @ K.Terengganu


Sekiranya Anda ke pantai timur Semenanjung Malaysia, pastikan anda mencuba sejenis makanan menyerupai otak-otak iaitu SATA.

Kebiasaannya ia boleh diperolehi di kawasan pasar malam. Makanan yang enak ini juga boleh diperolehi di sepanjang jalan pantai yang menghubungkan Bandar Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan.
Sata dimasak dengan cara dicucuk pada belahan buluh lurus dan dipanggang (seperti sate).

Perbezaan Sata dan Otak-Otak terletak pada bentuk, rupa, warna dan cara bugkusannya. Sata dibungkus di dalam daun pisang dan dilipat seperti bungkusan kuih koci.

Cara membuatnya lebih kurang sama dengan otak-otak di mana ia menggunakan ikan segar, kelapa, halia, bawang merah dan jika mahu sedikit pedas, bolehlah meletakkan cili merah.

Sata yang dimuatkan di dalam kelongsongnya akan dicucuk pada belahan buluh lurus sebanyak 4 atau 5 biji kelongsong setiap satu. Seterusnya, sata dipanggang atau dibakar di atas bara arang sehinggalah masak..

1 comment:

  1. Cara membuatnya lebih kurang sama dengan otak-otak di mana ia menggunakan ikan segar, kelapa, halia, bawang merah dan jika mahu sedikit pedas, bolehlah meletakkan cili merah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...