Tuesday, June 22, 2010

Pasar Malam Sinsuran @ KK


Jikalau anda meminati pelbagai jenis mutiara dan tidak berkesempatan membelinya di Pasar Filipina berhadapan Hotel Le Meridian, Kota Kinabalu,
anda boleh mengunjungi pasar Malam Sinsuran bersebelahan Hotel Le Meridian.
Ketika di sini anda perlu menawarkan harga setiap barang. Jika anda ingin membeli mutiara, ada 2 jenis mutiara iaitu mutiara air tawar dan mutiara air masin.
Mutiara air masin adalah yang berbentuk bulat (betul-betul bulat)
dan harganya mencecah beratus-ratus ringgit.
Mutiara air tawar ada banyak dijual dan biasanya juga dipanggil mutiara jagung.
Bentuknya tidaklah begitu bulat dan seperti biji jagung.
Harga lebih murah bergantung kepada jenis kraf yang anda beli.
Kegiatan menjaja di Pasar Malam ini bermula dari jam 5.30 petang setiap hari.

1 comment:

  1. Gambar no. 2,4 dan 7 tu gerai abang saya dulu masa menjual di pasar malam. Hehe.. Boleh-boleh pula jumpa di Google :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...