Tuesday, January 11, 2011

Sup Hameed @ Penang Road


Jika anda berada di Pulau Pinang dan telahpun puas menjamu selera dengan Nasi Kanda di waktu siang, apa kata pada sebelah malamnya Anda mencuba Sup Hameed.
Restoran ini terletak di Penang Road berhadapan Hotel Malaysia.
Di samping sup, restoran ini juga turut menawarkan menu
Nasi Kandar dan makanan lain.
.
Walaupun Sup yang dihidangkan agak cair dan kurang pekat, rasanaya
agak berlainan dan istimewa. Tidak hairanlah orangramai sentiasa
bertumpu untuk menikmati pelbagai rasa sup di sini.
Apa yang lebih istimewa ialah Restoran ini turut menawarkan Sup
Torpedo yang jarang-jarang ditemui di restoran Sup lain.
Rempah yang digunakan juga tidak terlalu
kuat dan supnya boleh di hirup pantas, panas dan puas.
Waktu perniagaan bagi Sup ini ialah selepas jam 4.30 petang hingga larut malam.
Selamat mencuba.

2 comments:

  1. Salamm.. Baru balik dari makan sup hamid kat png...mmmmm komen saya...not so delicious as people said. Sup dan roti bakar kat sungai bakap lagi best..., roti bakar dgn susu lembu pun kaw-kaw.

    ReplyDelete
  2. mohon share page ni di http://lanabakehouse.blogspot.com
    tq.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...